Monday

07- Sururiyah Kelahiran Ikhwanul Muslimin

Sururiyah Kelahiran Ikhwanul Muslimin

Sururiyah adalah kelahiran Ikhwanul Muslimin yang disesuaikan dengan olahan, cita-rasa dan pemikiran Muhammad Surur bin Nayef Zainal Abidin. Gerakan ini diberi nafas baru mengikut cita rasa yang bersesuaian dengan selera pemimpinnya sebagaimana aliran firqah Asy’ariyah, Jahmiyah, Hasafiyah dan Sufiyah. Sururiyah lebih condong kepada Khawarij kerana orang-orang yang berfahaman Sururiyah di manapun mereka berada pasti mengikuti jejak langkah buruk dan sifat keji ciptaan Khawarij yang kini dikenali dengan panggilan Khawarij Gaya Baru (Kharijiyatun ‘Asriyah). Kemahiran dan kebolehan mereka ialah memaki-hamun, mencerca dan melaknat pemerintah, para ulama Islam dan orang-orang awam yang di luar kelompok mereka.

Firqah Sururiyah terbukti tidak mempunyai prinsip akidah yang menepati sunnah kerana pemimpinnya (Muhammad Surur) dengan ego dan ketakburannya telah menghina para ulama Salaf as-Soleh serta kitab-kitab akidah yang menjadi rujukan para ahli ilmu. Golongan Sururiyun berkata:

“Pada pengamatan saya dalam kitab-kitab akidah maka saya dapati kitab-kitab tersebut ditulis bukan untuk zaman kita, ia merupakan kenyataan atas masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan situasi semasa kitab tersebut ditulis. Untuk kita sekarang isu-isu yang ada memerlukan kenyataan yang baru yang mana metodologi yang ada pada kitab tersebut serba serbinya kekurangan kerana kandungannya sekadar nas-nas dan hukum ahkam. Oleh sebab yang demikian para pemuda meninggalkannya dan tidak memerlukannya lagi”.
[1]

Jika semua kitab-kitab turath (peninggalan para ulama Salaf as-Soleh) seperti kitab yang ditulis oleh Imam as-Syafie, Hambali, Hanafi, Maliki, Tabari, Qurtubi, Bukhari, Muslim, Ibn Taimiyah serta yang lain dianggap sekadar nas-nas yang kering dan tidak diperlukan lagi, maka dari kitab mana Muhammad Surur merujuk persoalan akidah, ibadah dan hukum ahkam? Sedangkan hanya di dalam kitab-kitab turathlah sahaja terkumpul dan terpelihara segala catitan ilmu-ilmu Islam, apabila meninggalkan atau memperkecilkannya pasti akan diperangkap oleh makr (penipuan) hawa nafsu, talbis iblis dan dipandu oleh akal yang dungu dan bebal.

Awas! Golongan Sururi Ikhwani sudah lama menyusup dan bertapak di Malaysia yang mengatas-namakan diri atau pertubuhan mereka dengan nama-nama yang berbau Ahli Sunnah wal-Jamaah, malah sekarang ini mereka mendakwa diri dan pertubuhan mereka sebagai jamaah Salafiyah, malangnya mereka tidak komitmen dengan manhaj Salaf, mereka masih menyokong dan bekerjasama dengan golongan yang keluar dari millah Islamiyah seperti bergabung erat dan bekerjasama dengan berbagai hizbi siyasah Khawarijiyah, berkompromi dengan gerakan bid’ah dan mempertahankan firqah Syiah. Mereka melontarkan tuduhan kepada golongan salafi yang menasihati umat agar meninggalkan penyelewengan Sururiyah Ikhwaniyah sebagai Khawarij dan menyimpang dari metodologi ilmiyah.

Sururiyah yang berfahaman Ikhwaniyah amat menyanjung gerakan Syiah, bekerjasama dengan mereka dan membantu gerakan Syiah mengembangkan fahaman, ekonomi, moral dan politiknya. Contohnya mereka bekerjasama dengan parti Hizbullah yang berfahaman Syiah dengan membantu perjuangan dan jihad ini melalui bantuan material, sokongan moral dan jiwa raga mereka. Mereka tidak akan mengetahui Hizbullah kecuali mengenal Syiah, mereka tidak akan mengenal Syiah kecuali menimbang Syiah dengan Sunnah, dan tidak akan mengenal Sunnah kecuali melalui pemahaman Salaful Ummah.

Di dalam tulisan ini penulis membawakan secara ringkas penjelasan tentang siapa sebenarnya Syiah? Siapa pengasasnya? Apa matlamat dan konspirasi Syiah terhadap Ahli Sunnah? Melalui tulisan ini juga akan dibuktikan berbagai-bagai kesyirikan, kemungkaran serta kebatilan yang terdapat dalam ajaran Syiah.







[1] . Lihat: منهاج الانبياء فى دعوة الى الله Juz Pertama, hlm. 8 Muhammad Surur
Bin Nayef Zainal Abidin.