Monday

14 - Para Da’i Syiah Menentang Ahli Sunnah

Para Da’i Syiah Menentang Ahli Sunnah

Sedarlah bahawa Syiah akan sentiasa mengirim dan mengeluarkan ramai pendakwah mereka untuk mentadlis, makr, talbis dan menyelewengkan akidah Ahli Sunnah. Ramai tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin merelakan diri mereka diperalat oleh Syiah. Mereka tertipu dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh Syiah tetapi lupa tentang siapa sebenarnya Syiah dan apa konspirasi mereka terhadap agama Allah dan tindakan kejam ke atas Ahli Sunnah dari dahulu sehingga ke hari kiamat.

Antara tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang mempertahankan Ikhwanul Muslimin yang diperalat oleh konspirasi Syiah ialah: Subhi Saleh, Dr. Abdul Karim Zaidan, Muhammad al-Ghazali, Muhammad Abu Zahrah, Dr. Mustafa as-Syeikh, Hasan Aiyub, Hasan at-Turabi, Fathi Yakan, Zainab al-Ghazali, Umar at-Tilmisani, Yusuf al-Azham, Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi.

Antara bukti dari sekian banyak bukti ialah usaha bersungguh-sungguh mentaqrib (menyatukan) antara Syiah dan Sunnah oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin melalui Daarut Taqrib. Sehingga Syiah berjaya memperolehi fatwa dari Syeikhul al-Azhar Muhammad Syaltut untuk memberi ruang kepada Syiah Rafidhah dalam bidang fiqh, usul fiqh, tarikh, mustalah hadis dan perawi-perawinya di Universiti al-Azhar.
[1]

Nawab Syafawi telah menyampaikan pidatonya di hadapan sekumpulan pemuda-pemuda Syiah dan Sunnah yang ramai. Beliau menjelaskan:

“Barangsiapa ingin menjadi penganut Syiah Ja’fariyah yang tulin maka hendaklah bergabung ke dalam barisan Ikhwanul Muslimin”.
[2]

Sejak didirikan kelompok pendekatan antara mazhab-mazhab Islam yang diikuti oleh Hasan al-Banna dan Qummi (tokoh dan ulama Syiah) maka strategi persefahaman dan pola kerjasama antara Ikhwanul Muslimin dan Syiah telah terjalin intim, sehingga membawa Nawab Syafawi mengadakan kunjungan ke Kaherah, Mesir pada tahun l954M.
[3]

Ikutilah kelana pembuktian fakta di sepanjang tulisan ini pasti akan ditemui begitu banyak kegiatan Ikhwanul Muslimin yang merancang kerjasama dengan Syiah – Rafidhah. Ini bukan suatu tuduhan atau rekaan tetapi suatu kenyataan.





[1] . Lihat: al-Jamaah al-Islamiyah fi Dhawi al-Kitab wa Sunnah bi Fahmi
Salaf al-Ummah. Salim Ied al-Hilali. (dalam perbincangan Mut’ah).
[2] . Lihat: Mauqif Ulama Muslimin. Hlm. 15.
[3] . Lihat: as-Sunnah al-Muftara ‘alaihi. Hlm. 57. Salim al-Bahnasawi.