Sikap Yusuf Al-Qaradhawi Terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahhab
Perkataan yang berupa penghinaan Yusuf al-Qaradhawi terhadap dakwahnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah yang menegakkan akidah dan manhaj salafiyah amat jelas, kerana Yusuf al-Qaradhawi telah memperlekeh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dengan kenyataannya:
“Tetapi dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah diketahui sebagai dakwah pembaharuan (reformer) atau ijtihad (mujaddid)”.[1]
Jika Yusuf al-Qaradhawi mendakwa bahawa dakwahnya Syeikh Muhammad Abdul Wahhab rahimahullah hanya berkembang di kalangan masyarakat yang lemah, ketinggalan zaman, hanya kulit dan tidak layak dianggap mujaddid, apakah beliau lebih layak diangkat sebagai mujaddid sebagaimana yang diusahakan oleh pengekornya melalui konvensyen tahunan, menyebar pemikirannya melalui tulisan, ceramah dan laman web? Layakkah Yusuf al-Qaradhawi yang banyak mendatangkan buhtanun ‘azim (pembohongan dan pendustaan yang sangat besar) layak digelar mujaddid atau lebih layak digelar mubtadi’?.
Oleh kerana terpengaruh dengan qaulun zukhrufun (kata-kata indah tapi penuh dengan muslihat pembohongan) dari Yusuf al-Qaradhawi maka kejayaan gerakan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab dilebel jumud dan diperkecilkan oleh Dr. Muhammad Ammarah, beliau menganggap dakwahnya Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai ketinggalan zaman. Tuduhan beliau diambil dari kenyataan Yusuf al-Qaradhawi sehingga beliau berkata:
“(Gerakan Muhammad bin Abdul Wahhab) adalah: As-Salafiyah an-Nususiyah”. [2]
Yang dimaksudkan sebagai Salafiyah an-Nususiyah Dr. Muhammad Ammarah adalah sebagaimana yang dipetik dari buah fikiran Yusuf al-Qaradhawi ialah: “Memahami nas-nas al-Quran dan hadis hanya setakat harfiyah (kulit tanpa isi), tidak lebih dari itu dan menganggap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak memahami penafsirannya secara ‘asriyah (penafsiran moden)”. Yusuf al-Qaradhawi melepaskan keegoannya dengan bangganya beliau membuat kenyataan:
“Terdapat banyak kelemahan pada gerakan ini (gerakan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab): Sesungguhnya dakwah ini (dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab) berkembang dalam masyarakat yang lemah, tertinggal dari kemajuan (bodoh) dan diseliputi oleh penghidupan badwi (tidak berdaya maju moden)”.[3]
Begitulah sikap Yusuf al-Qaradhawi terhadap ulama Salaf. Tidakkah dia tahu bahawa pendakwah dan ulama yang diperlekeh adalah seorang penyelamat akidah penduduk Mekah dan Madinah yang sebelumnya dicemari oleh berbagai kemungkaran dan kesyirikan? Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah berjaya memperbaharui semula dakwah Islamiyah dan menyampaikan amanah akidah yang diwariskan oleh Rasulullah kepada para ulama. Beliau juga dengan kerjasama Raja Saud berjaya menubuhkan negara yang tidak terdapat di dalamnya walau sebuah berhala yang di sembah, geraja, kuil dan rumah-rumah ibadah orang-orang kafir, kuburan yang disembah dan markas kesyirikan sebagaimana di negara-negara Islam lain. Walaupun pembentukan Negara Islam (Daulah Islamiyah) bukanlah satu-satunya tujuan utama dakwah Islamiyah sebagaimana sangkaan Ikhwanul Muslimin, tetapi ia merupakan wasilah (perantara) untuk menyempurnakan dakwah tauhid dan pelaksanaan hukum sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah.
Tetapi amat berbeza dengan metod dakwahnya Ikhwanul Muslimin dan amalan para tokohnya seperti Hasan al-Banna, Umar Tilmasani, Mustafa as-Siba’i, Said Hawa dan ramai lagi yang tidak pernah berjaya mendirikan dan menegakkan akidah di bumi Mesir walaupun keluasannya hanya sehasta. Malah mereka terkenal dengan penggemar kuburan dan bermunajat kepada Sang Mayat. Dan belum terbukti dalam mana-mana tulisan atau catitan bahawa tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin telah berjaya membenteras kesyirikan seperti yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab. Dan sehingga ke hari ini belum ada sebuah kitabpun yang boleh dijadikan rujukan dalam bab akidah yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin untuk menyelamat akidah umat atau akidah jamaah ikhwanul Muslimin itu sendiri. Ini kerana pendirian ulama Salaf as-Soleh amat berbeza dengan pendirian Ikwanul Muslimin dalam berdakwah. Ini diakui oleh Hasan al-Banna dengan penegasannya:
موقفنا من الدعوات فى هذه البلد دينية واجتماعية واقتصادية وسياسة.
“Pendirian kami tentang berdakwah di negeri ini, adalah dakwah diniyah, sosial (kemasyarakatan), ekonomi dan politik”.[4]
Walaupun disebut di dalam penegasan Hasan al-Banna di atas: dakwah diniyah, namun setiap pendakwah kebiasaannya secara umum mengatasnamakan dakwah agama, tetapi pengkhususannya tentulah akidah sebagai dakwahnya para nabi, rasul dan para ulama Salaf as-Soleh yang mengikuti manhajnya para nabi dan rasul yang diutus kepada umatnya.
Para pengekor Yusuf al-Qaradhawi yang suka menumpang nama dan kemasyhurannya, sentiasa berharap dengan menumpang nama beliau akan jadi terkenal sepertinya, nampaknya mereka tidak pernah tersinggung jika Yusuf al-Qaradhawi dan para pemimpin Ikhwanul Muslimin menghina para ulama Salaf, malah mereka ikut sama mengambil bahagian.
Sebaliknya para pengekor dan pengampu Yusuf al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin dan para tokohnya akan marah dan melatah apabila idola pujaan mereka (tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin) disentuh, dibantah, dibentang dan dibuktikan kemungkaran serta kebatilan akidahnya.
Fahamilah sebuah perumpamaan yang paling hodoh bagi si pengampu dan pengekor yang bodoh: Seperti buruknya perangai seekor anjing yang ekornya terpalit tahi, tetapi lidahnya terjulur dan terjelir nak mengampu. Dan alangkah buruknya sifat pengekor dan pengampu Yusuf al-Qaradhawi yang tiada bezanya dengan si pentaqlid buta yang fanatik dan ghulu.
Abdulrahman Abdulkhaliq
Abdulrahman Abdulkhaliq berasal dari Mesir, oleh kerana fanatiknya yang keterlaluan kepada barisan para pemikir Ikhwanul Muslimin, beliau telah mencontohi tabiat negatif mereka iaitu menghina para ulama Salaf seperti Ibn Bazz rahimahullah, Syeikh Uthaimin rahimahullah, Syeikh Muqbil rahimahullah, Syeikh Soleh Fauzan hafizahullah dan ramai lagi, kerana para ulama tersebut telah mentahzir para tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah terbukti menyeleweng buah fikiran dan akidahnya.
Abdulrahman Abdulkhaliq secara keterlaluan telah mencela dan mencemuh para ulama dengan sindirannya:
“Sesungguhnya telah muncul sekumpulan orang-orang[5] yang mengambil sebuah manhaj bagi mereka untuk menghimpunkan sejumlah orang alim, pendakwah dan penuntut ilmu yang setelah dihimpun dipersalahkan melalui sangka-sangka mereka. (Menurut sindirin Abdulrahman Abdulkhaliq. Pent) mereka menyebarkan di kalangan manusia supaya mereka membantah dan mentahzir kesalahan mereka (Abdulrahman Abdulkhaliq dan kuncu-kuncunya. Pent). Mereka menamakan manhaj mereka itu: Manhaj Ahli Sunnah Untuk Mengkritik Seseorang”.[6]
Menurut sindiran Abdulrahman Abdulkhaliq lagi:
“Pada hari ini - amat mengeciwakan - kita hanya memiliki syeikh-syeikh yang hanya memahami kulit-kulit Islam yang setaraf dengan mereka-mereka yang telah ketinggalan zaman, padahal cara hidup manusia dan gaya berinteraksi sesama mereka sudah berubah. Apakah nilai seseorang yang alim tentang riba tanpa mengetahui sistem perbankan transaksi riba yang berjalan saat ini. Apakah nilai seorang alim jika meninggalkan jihad dan tidak memikul senjata kemudian hanya berkata: (Ini bukan urusan orang-orang syariah, kami hanya mampu berfatwa halal dan haram, haid, nifas dan talak).[7]
Yang dimaksudkan kulit-kulit Islam oleh Abdulrahman Abdulkhaliq ialah sebagaimana yang dimaksudkan oleh Yusuf al-Qaradhawi iaitu memahami agama Islam secara Nususiyah (secara nas-nas atau kulit) tanpa mengetahui tujuan, maksud, makna dan tafsiran yang sebenarnya dari nas-nas tersebut. Inilah cara penghinaan mereka terhadap Syeikh Ibn Bazz, Syeikh Nasruddin al-Albani, Syeikh Uthaimin dan para ulama Salaf as-Soleh lainnya.
Seterusnya Abdurrahman mencemuh para ulama:
“Kami tidak memerlukan suara dari ulama yang bacul yang hidup dengan tubuh mereka dizaman kami, tetapi mereka hidup dengan akal dan fatwa-fatwa mereka yang hidup dizaman yang bukan zaman kami”.[8]
Syeikh Abdussalam telah membidas sindiran Abdulrahman Abdulkhaliq dengan menegaskan:
“Ini adalah suatu penentangan terhadap manhaj yang sahih yang berjalan di atasnya ulama sunnah sejak sekian lama iaitu manhaj menolak terhadap kemungkaran ahli bid’ah”.[9]
Di dalam penjelasannya yang lain, Syeikh Abdussalam berkata tentang pengkafiran Abdulrahman Abdulkhaliq:
“Dan ini adalah pengkafiran (Abdulrahman Abdulkhaliq) terhadap daulah, rakyat jelata dan membuka pintu untuk keluar dari pemerintah lantaran mengikut manhaj Sayid Qutub, oleh kerananya tidak terkecuali sebuahpun negara-negara Islam yang tidak dikafirkan oleh Abdulrahman Abdulkhaliq sebagaimana dia mencontohi Sayid Qutub”.[10]
Abdulrahman Abdulkhaliq telah menghalalkan perpecahan dan mengajak kepada berbilang-bilang jamaah di dalam Islam, sedangkan perpecahan dan berfirqah telah diharamkan oleh syara. Abdulrahman Abdulkhaliq menekankan:
“Adapun hukum menubuhkan berbagai-bagai Jamaah Islamiyah, ia adalah dibenarkan kerana ia hanya mengikut naluri jamaah, amalan serta situasi masyarakat yang masyarakat itu berada”.[11]
Di dalam al-Quran Allah ‘Azza wa-Jalla menyeru orang-orang beriman agar sentiasa bersatu dan tidak melakukan perpecahan. Tetapi Abdulrahman Abdulkhaliq menyeru kepada yang sebaliknya. Apakah beliau belum memahami firman Allah:
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”.[12]
وَلاَ تَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ تَفَرَّقُوْا وَاخْتَلَفُوْا مِنْ بَعْدِ مَاجَآءَهُمُ الْبَيِّنَاتِ
“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka”.[13]
Mengapa Abdurrahman Abdulkhaliq tidak mampu membandingkan al-Jamaah yang dikehendaki oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan jamaah yang dikehendaki oleh Ikhwanul Muslimin? Mungkin berpunca dari kefanatikannya kepada Ikhwanul Muslimin dan muflis ilmu menyebabkan beliau tidak mengenali manhaj Salaf as-Soleh. Allahu a’lam. Semoga Allah memberinya hidayah.

[1] . Lihat: Majalah al-Bi’tha al-Islamiyah. Bil. 3. Hlm. 57.
[2] . Ibid.
[3] . Ibid.
[4] . Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah. Hlm. 307.
[5] . Dimaksudkan oleh orang-orang Abdulrahman Abdulkhaliq ialah para ulama
Salaf terutama di Arab Saudi, Yaman dan Jordan.
[6] . Lihat: Tanbihat wa-Ta’qibat. Hlm. 11. Dan Lihat: Fikru Takfir Qadiman wa-
Hadisan. Hlm. 186-187.
[7] . Lihat: Khutut Raiesiyah. Hlm. 76. Abdurrahman.
[8] . Lihat: Khutut Raiesiyah Li Ba’tsil Ummah al-Islamiyah. Hlm. 77-78.
Abdurrahman.
[9] . Lihat: Tanbihat wa-Ta’qibat. Hlm. 11.
[10] . Lihat: Khutut Raiesiyah Li Ba’tsil Ummah al-Islamiyah. Hlm. 72.
Abdurrahman.
[11] . Lihat: as-Syura Fi Dzili Nizamil Hukmul Islami. Hlm. 32. Abdulrahman.
[12] . Ali Imran. 3:103.
[13] . Ali Imran. 3:105.