Nasihat Syeikh Abdullah Muhsin Al-Abbad
Syeikh Abdullah Muhsin al-Abbad hafizahullah telah menasihati para da’ie Salafi tentang al-wala’ dan al-bara’. Beliau berkata:
“Tanamkanlah rasa cinta (wala’) kerana Allah ‘Azza wa-Jalla dan benci (bara’) kerana Allah ‘Azza wa-Jalla. Berwala’lah kerana Allah ‘Azza wa-Jalla dan berbara’lah kerana Allah ‘Azza wa Jalla yang tiada ruang untuk bertoleransi bagi orang yang menyimpang lagi sesat dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah”.[1]
Gerakan Salafiyah sentiasa memerangi kesyirikan dan mengutamakan dakwah kepada akidah tauhid dan berwala’ kepada ahli tauhid (muwahhid). Dalam gerakan Ikhwanul Muslimin pula mereka tidak dapat menerima hakikat al-wala’ dan al-bara’ kerana mereka boleh berwala’ dan berbara’ kepada siapapun asalkan memberi keuntungan kepada pertubuhan, jamaah atau pergerakan mereka. Hasan al-Banna memberi peringatan kepada sekalian ahli Ikhwanul Muslimin agar tidak berbara’ (menentang) dan agar tidak mengganggu mereka yang menyalahi akidah tauhid walaupun dari kelompok yang memerangi Islam seperti Yahudi, Nasrani, Syiah atau firqah-firqah batil yang lainnya. Hasan al-Banna bertegas dengan kenyataanya:
“Gerakan Ikhwanul Muslimin tidak pernah memusuhi (menentang atau berbara’) kepada akidah, agama atau kelompok apapun”.[2]
Persoalannya, apakah bentuk dan matlamat dakwah Ikhwanul Muslimin yang sebenarnya jika pemimpinnya tidak mengutamakan dakwah akidah? Sedangkan bendera dakwah setiap nabi dan para rasul utusan Allah demi meninggikan kalimah Allah iaitu mendahulukan akidah tauhid.

----------------------------------------------------------------------