Monday

54 - Hakikat Tokoh Ikhwan Yang Sebenarnya

Hakikat Tokoh Ikhwan Yang Sebenarnya

(1). Hasan al-Banna, pengasas dan ketua kumpulan (Mursyid) Ikhwanul Muslimin, menghabiskan waktu perjuangannya dengan memperjuangkan amalan-amalan bid’ah, khurafat, tahaiyul dan syirik di samping amalan-amalan yang sunnah.

Perhatian! Tiada bukti sama ada melalui tulisn-tulisan Hasan al-Banna itu sendiri atau tulisan para pengikutnya bahawa beliau telah bertaubat dari semuanya itu. Fenomena ini terbukti apabila Hasan al-Banna berkata dan tiada sesiapa dari golongan atau para tokoh Ikhwanul Muslimin yang menolak atau membatalkan perkataannya ini:

“Aku sebutkan bahawasanya sebahagian dari kebiasaan kami adalah keluar pada acara Maulid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada sebuah perarakan setelah berkumpul. Hal ini berlangsung setiap malam dari awal sampai tanggal 12 Rabi’ul Awal, dimulakan dari rumah salah seorang Ikhwan. Suatu malam secara kebetulan kami bertemu, saat itu giliran pertemuan ada di rumah saudara kami Syeikh Syalaby ar-Rajjal, maka kami pergi selepas Isyak sebagaimana biasa. Maka kami dapati sebuah rumah yang terang benderang, bersih dan semua serba siap. Kemudian diberinya minuman kopi dan qirfah (sejenis makanan dari kulit kambing) sebagaimana biasa. Dan kami keluar pada sebuah perarakan sambil mendendangkan nasyid-nasyid tertentu dengan penuh sukacita dan bahagia”.
[1]

(2). Abdurrahman al-Banna berkata:

“Maka berjalanlah Hasan al-Banna dalam perarakan sambil mendendangkan nasyid-nasyid pujian kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ketika hilal Rabi’ul Awal telah kelihatan. Kami berjalan dalam sebuah perarakan dipetang hari dan pada setiap malam sehingga malam 12 Rabi’ul Awal sambil mendendangkan kasidah-kasidah pujian kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Abdurrahman al-Banna meneruskan kenyataannya: Antara kasidah terkenal yang kami dendangkan diacara yang penuh berkah itu ialah:

“Sang kekasih (Nabi Muhammad) bersama yang lain telah hadir mengampunkan semua dosa kami yang telah lalu, Tidak diragukan lagi bahawa kekasih kaum (Nabi Muhammad) telah hadir.”

(3). Berkata Hasan al-Banna:

“Aku berkawan dengan orang-orang (Ahli tariqat sufi) al-Hasafiyah di Damanhur dan aku biasa hadir di masjid at-Taubah setiap malam”.
[2]

“Aku singgah di kota Damanhur kerana ini adalah tempat dimakamkannya Syeikh Sayid Husain al-Hasafi, Syeikh Tarikat al-Hasafiyah yang pertama”.
[3]
“Saya menerima tariqat Hasafiyah as-Syazaliyah dari dia (Sayid Abdulwahhab). Dia telah memberi keizinan (ijazah) kepadaku untuk mengikuti gerakan sufi dan tugas-tugas dalam tariqat tersebut. Hari-hari di Damanhur dihabiskan dengan segala perasaan dalam amalan tasawuf dan ibadah”.
[4]

(4). Hasan al-Banna menuduh bahawa kaum Salaf sebagai mufauwidah (tafwidh). Beliau berkata:

“Sesungguhnya pembahasan (para Salaf. Pent) dalam permasalahan seperti ini tidak membawa hasil pada akhirnya kecuali satu iaitu tafwidh bagi Allah Ta’ala”.
[5]

Dia berkata lagi:

“Salaf dan Khalaf telah sepakat bahawa yang sebenarnya dikehendaki bukan “ tafwidh تفويض ” zahir (ayat) yang diketahui oleh manusia (tetapi tafwidh makna), maka inilah takwil secara umum”.

Pendapat Hasan al-Banna ini menyalahi prinsip akidah Salaf kerana Salaf tidak mentafwidh makna. Pegangan para Salaf sesuai dengan apa yang dijelaskan oleh Sufyan bin Uyainah:

“Semua apa yang Allah Ta’ala telah mensifati diriNya dalam kitabNya maka tafsirannya (takwilnya) adalah membacanya dan diam (tidak mentafwidh)”.
[6]
(5). Hasan al-Banna menuduh para Salaf sebagai mengamalkan takwil. Beliau berkata:

“Apabila telah ditetapkan ini maka sepakatlah antara Salaf dah Khalaf dalam asas takwil”.
[7]

(6). Hasan al-Banna berkata:

“Permusuhan kita dengan Yahudi bukan kerana dasar agama”.
[8]

(7). Umar Tilmisani, ketua ketiga dalam kumpulan Ikhwanul Muslimin sentiasa mempertahankan akidah kuburi yang dikembangkan oleh Hasan al-Banna. Tilmisani berkata:

“Maka tidak perlu kepada sikap keras dalam membantah (mengingkari) orang-orang yang beri’tikad akan adanya karamah bagi para wali dan merendahkan diri kepada mereka di kubur-kubur mereka yang nampak dan berdoa di kubur-kubur itu ketika terkena musibah”.
[9]

(8). Umar Tilmisani berkata lagi:

“Dihari Jumaat, aku singgah di panggung wayang untuk menonton filem, segera aku bergegas mengambil kesempatan untuk berehat untuk menunaikan solat Zohor dan Asar dengan dijamak dan diqasar di salah satu pojok (penjuru) panggung dimana saat itu aku berada”.
[10]

Jika disingkap tirai kehidupan Tilmisani, ternyata hobinya adalah hiburan yang telah diharamkan oleh syara. Dia seorang kaki musik, kaki joget dan kaki wayang. Dia berbangga dengan hobinya sehingga disebut-sebut di dalam tulisannya seolah-olah ia tidak bertaubat dari perbuatannya yang buruk itu. Apakah dia layak diangkat sebagai mursyid sebuah organisasi Islam? Dimanakah kudwah dan uswah (contoh tauladan) agama yang boleh diambil dan ditiru oleh setiap generasi Islam dari pemimpin Ikhwanul Muslimin ini? Dan apakah visi sebenar pergerakan ini jika tokoh-tokohnya muflis ilmu dan akhlak? Malangnya ramai kaum muda belia menjadi korban dari kesesatan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin.




[1] . Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa ad-Daiyah. hlm. 48. Hasan al- Banna.
[2] . Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa ad-Daiyah. Hlm. 23.
[3] . Ibid. hlm. 27.
[4] . Ibid. hlm. 24.
[5] . Lihat: al-Aqaid. Hlm 74. Hasan al-Banna.
[6] . Lihat: عقيدة السلف اصحاب الحديث hlm. 70.
[7] . Ibid. hlm 26.
[8] . Lihat: Ikhwan al-Muslimun Ahdas Sanaat at-Tarikh. 1/409. Mahmud
Abd Halim
[9] . Lihat: Syahid al-Mihrab. Hlm. 197. Umar Tilmisani.
[10] . Lihat: Zikriyat La Muzakkirat. Hlm. 16.