Kegiatan Daarut Taqrib Dan Ikhwanul Muslimin
Daarut Taqrib[1] telah menjadi markas utama bagi sebuah organisasi yang bekerjasama antara Ikhwanul Muslimin dan Syiah. Ditubuhkan semata-mata untuk menyatukan Syiah dengan Sunnah. Daarut Taqrib telah mengeluarkan dana yang besar dan mewah dalam mengendalikan segala urusannya tetapi tidak diketahui dari mana sumber kewangannya sedangkan anggotanya tidak pernah dikenakan yuran atau bayaran.
Markas ini telah membelanjakan untuk sebuah rumah eksklusif di Zamaalik, Kaherah (Cairo) yang dipenuhi dengan perabut-perabut luks, peralatan pejabat, menerbitkan majalah Islam yang besar, menggaji para pengurus, pengelola dan penulis-penulisnya. Dari manakah semua dana itu dan siapakah yang membiayainya?[2]
Semua persoalan ini terjawab melalui pengakuan dari beberapa penulis Syiah yang menjelaskan bahawa:
“Daarut Taqrib didirikan dengan dana pembiayaan yang datangnya dari tokoh-tokoh pembesar Syiah. Di Daarut Taqrib sesiapapun dari Ahli Sunnah tidak mempunyai hak untuk melakukan sembarang tugas tanpa persetujuan dari tokoh-tokoh Syiah”.[3]
Ini bermakna Daarut Taqrib dengan kerjasama pertubuhan Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah markas Syiah – Ikhwanul Muslimin. Kegiatan dan konspirasi Daarut Taqrib bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin bertujuan untuk menghancurkan manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, memesongkan akidah umat Islam melalui berbagai-bagai bid’ah, menghilangkan prinsip wala’ wal-bara’ yang diamalkan di kalangan mereka terutama terhadap pemimpin dengan menggantikannya dengan tauhid hakimiyah dan menyebarkan diayah di kalangan umat dengan membesar-besarkan pemikiran para tokoh Ikhwanul Muslimin.
Daarut Taqrib merupakan markas golongan elit Syiah untuk melaksanakan program-program dan perancangan mereka terhadap Ahli Sunnah. Beroperasi menyebarkan propaganda yang hanya memberi faedah, kelebihan, keuntungan dan memberi ruang kepada Syiah untuk mencapai matlamat mereka merealisasikan segala niat buruk terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah.
[1] . Badan ini diwujudkan untuk menyatukan Syiah dan Ikhwanul Muslimin.
Melalui Ikhwanul Muslimin pula disatukan Syiah dengan Sunnah.
[2] . Lihat: Majalah al-Azhar. 24/285-286.
[3] . Lihat: al Khomeini. Hlm. 27. Ahmad Mughniyah.