Pandangan Ulama Terhadap Hakimiyah
Menurut para ulama Salaf as-Soleh, jika tauhid hakimiyah dijadikan tambahan kepada tauhid rububiyah, uluhiyah dan tauhid asma wa as-sifat wa az-zat, ia adalah bid’ah yang diada-adakan. Syeikh Syafwat Nuruddin berkata:
“Sesiapa yang berpendapat bahawa tauhid hakimiyah sebagai bahagian terpisah dari bahagian-bahagian (tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma wa as-sifat) dan akidah, maka itu adalah pendapat yang tidak tepat.[1]
Tauhid hakimiyah belum dikenali oleh kebanyakan masyarakat Islam Nusantara. Masih ramai yang tidak pernah mendengar kalimah “tauhid hakimiyah”. Ideologi yang batil ciptaan Khawarij ini telah wujud sejak Khalifah Ali radiallahu ‘anhu. Kini ia rancak dihidupkan dan didakwahkan kembali oleh hizbi Ikhwani yang direstui oleh Hizbut Tahrir, JI, DI, Parti FIS dan hizbi-hizbi yang sealiran dengan Khawarij. Mereka telah diistilahkan oleh Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah sebagai Khawarij Gaya Baru (KGB).
Setiap mukmin wajib menghapuskan setiap bid’ah yang bermunculan kerana Rasulullah bersabda:
“Setiap bid’ah itu sesat”.
Tauhid hakimiyah ciptaan Khawarij yang didalangi oleh Ikhwanul Muslimin, mempunyai beberapa tafsiran atau definisi yang batil atau bid’ah antaranya:
1. Menafsirkan kalimah tauhid atau kalimah ikhlas: (لااله الا الله) kepada makna: Tidak ada hakim selain Allah atau tidak ada yang menentukan takdir selain Allah. Dengan dasar ini Khawarij yang dahulu dan yang sekarang mengkafirkan (kafir mutlak atau syirik) sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Menurut mereka: Batal akidah tauhid sesiapa yang tidak kembali kepada hukum Allah. Laungan dan propaganda ini dijadikan senjata dan pelengkap diayah politik mereka. Inilah juga ciri-ciri khas hizbi yang ingin menjatuhkan pemerintah Islam, memecah-belahkan umat Islam dan pencetus keganasan sejagat.
2. Hakimiyah (حاكمية) diambil dan dikaitkan dengan penafsiran ayat: (ان الحكم الا لله) “Sesungguhnya hukum itu hanya milik Allah”. Dizaman Ali radiallahu ‘anhu, Khawarij menggunakan kalimah ini sebagai propaganda dan perantara untuk menghalalkan pemberontakan terhadap pemerintahan yang bertujuan untuk membunuh, menjatuhkannya dan mengangkat senjata memerangi para sahabat radiallahu ‘anhum.
Pada zaman ini puak Khawarij kembali menggunakan kalimah ini (tauhid hakimiyah) untuk menabur fitnah, menghina, mengkafirkan dan menjatuhkan penguasa, menghalalkan darah orang Islam, pemberontakan dan keganasan.
3. Tauhid hakimiyah juga dipetik melalui penafsiran yang salah terhadap firman Allah:
(وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اللهُ فَاُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ)
“Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang-orang kafir”.
Khawarij, Muktazilah, KGB (Khawarij Gaya Baru) dan yang sealiran dengan mereka (termasuk yang berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand) mengkafirkan sesiapa yang tidak menerima fahaman mereka, yang tidak berjuang dengan mereka, yang tidak mahu bergabung dengan mereka dan sesiapa sahaja yang tidak mentaati hukum Allah Subhanahu wa-Ta’ala, sama ada pemerintah, lembaga-lembaga yang berkaitan dengan pemerintah, jamaah atau individu.
[1] . Syeikh Syafwat Nuruddin adalah ketua Jam’iyah Ansar us Sunnah Mesir.