Kepada Siapa Sewajarnya Berwala’ Dan Berbara’?
Setiap mukmin sewajarnya berwala’ dan berbara’ kerana Allah ‘Azza wa-Jalla dan sentiasa mencari keredaanNya. Iaitu berwala’ (membela, bersama, mencintai, memuliakan dan menghormati) lahir dan batin kepada setiap mukmin yang lurus akidahnya (agamanya) dengan wala’ yang sempurna mengikut syara. Antara tanda dan sikap wala’ ialah mencintai setiap orang Islam dan tolong-menolong dengannya, kerana wala’ bukan hanya sekadar cinta tetapi dibuktikan dan diiringi dengan pembelaan di samping perasaan cinta dan bersatu kerana Allah ‘Azza wa-Jalla. Antara sifat-sifat berwala’ ialah bersatu dalam satu jamaah orang-orang Islam, pemerintahnya dan tidak berpecah-belah, kerana Allah ‘Azza wa-Jalla memerintahkan setiap orang-orang beriman melalui firmanNya:
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا
“Dan berpegang teguhlahlah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai (berpecah-belah)”.[1]
Umat Islam akan sentiasa bersatu apabila berpegang dengan prinsip al-wala’ dan akan menjadikan mereka umat yang satu, mulia, dihormati dan bersifat serta bersikap rahmat kepada alam. Allah ‘Azza wa-Jalla telah berfirman tentang bersatunya umat Islam kerana berpegang dan mematuhi prinsip wala’:
إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوْنَ
“Sesungguhnya inilah umatmu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu, maka hendaklah kamu menyembah (mengabdikan diri) kepadaKu”.[2]
وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُوْنِ.
“Dan sesungguhnya inilah umatmu, umat yang satu dan Akulah Tuhan kamu, maka hendaklah kamu bertakwa kepadaKu”.[3]
Ayat yang pertama di atas melarang umat Islam daripada berpecah-belah, iaitu firman Allah: وَلاَ تَفَرَّقُوْا “Jangalah kamu berpecah-belah”. Apabila seseorang memahami al-wala’ dan al-bara’ dengan pengertian yang benar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara, maka mereka akan menerapkan wala’ antara umat Islam yang akan menjadikan mereka bersatu padu atau berjamaah, berkasih sayang sesama mereka, bertindak lunak terhadap yang lain, mengeratkan tali silaturrahim antara mereka dan bersatu kerana berpegang dengan prinsip dan suruhan Allah agar sentiasa berwala’.
Memahami persoalan al-wala’ dan al-bara’ dengan sempurna akan menjadikan seseorang mukmin benar-benar mencintai Tuhannya dengan kepatuhan dan ketakwaan kepadaNya. Kepatuhan akan menjadikan umat Islam bertakwa dan umat yang bertakwa adalah umat yang sentiasa berbuat baik kepada semua manusia. Mereka tidak akan menjadi umat yang radikal, pelampau dan pengganas.
Mungkin ada yang bertanya, bolehkah berwala’ kepada orang Islam yang fasik, kufur dan pembuat maksiat (‘Asi / عاصي) dan juga orang-orang Islam yang mencampurkan kebaikan dengan kemungkaran? Adapun kepada orang-orang Islam yang mencampur-adukkan kebaikannya dengan berbagai-bagai kemaksiatan, maka hanya diwajibkan berwala’ sesuai dengan darjat, kedudukan dan kebaikannya, kemudian wajib berbara’ (berlepas atau menjauhkan diri) sebanding (sesuai) dengan kejahatan atau maksiat yang dilakukannya. Tidak diizinkan berbara’ (berlepas tangan) daripada seseorang individu jika individu tersebut seorang Islam, kerana seorang Islam dengan orang Islam yang lain tetap bersaudara walau bagaimanapun besar maksiat dan kesalahannya. Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
أَلاَ مَنْ وَلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ فَرَآهُ يَأْتِيْ شَيْئًا مِنْ مَعْصِيَةٍ ، فَيَكْرَهُ الَّذِيْ يَأْتِيْ مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ وَلاَ يَنْزَعُ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ.
“Ketahuilah, sesiapa yang berwala’ (mentaati atau mencintai) seseorang pemimpin (Islam), kemudian dia mendapati pemimpinnya bermaksiat kepada Allah, maka hendaklah membenci (berbara’) terhadap kemaksiatannya kepada Allah, tetapi tidak dihalalkan melepaskan tangan (berbara’) dari mentaatinya!”.[4]
Orang-orang beriman masih tetap diwajibkan berwala’ kepada Allah dan setiap orang Islam, walaupun orang Islam tersebut terlalu lekeh dan rendah kedudukannya di sisi masyarakat, seperti hamba sahaya yang mukmin misalnya, termasuklah para tokoh Ikhwanul muslimin dan para pengikutnya.
Jika berbara’ (berlepas tangan) hanyalah berbara’ kepada setiap kesalahan Ikhwanul Muslimin, kesalahan para tokohnya, kesalahan para pemimpin Islam yang lain serta berbara’ kepada setiap kesalahan orang-orang awamnya, namun melapaskan wala’ tidak diizinkan sama sekali oleh syara kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : أَنَّ خَلِيْلِيْ أَوْصَانِيْ أَنْ أَسْمَعَ وَأَطِيْعَ وَإِنْ كَانَ عَبْدً مُجْدَعَ ألأَطْرَافِ (وَفِى رِوَايَةٍ) عَبْدًا حَبَشِيًّا مُجْدَعَ اْلأَطْرَافِ.
“Dari Abi Zar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam) telah berwasiat kepadaku agar aku mendengar dan taat (wala’), sekalipun kepada seorang hamba sahaya yang kudung (cacat dan tidak sempurna sifat fizikalnya). (Diriwayat yang lain): Sekalipun seorang hamba Habsyi yang cacat”.[5]
Hadis ini mewajibkan setiap individu muslim berbara’ kepada setiap orang Islam yang lain, termasuklah orang-orang Ikhwanul Muslimin sekalipun mereka telah ditahzir akidahnya kerana mereka masih orang-orang Islam.
Adapun akidah mereka diserahkan kepada Allah ‘Azza wa-Jalla untuk menghukumya. Kerana kita berwala’ kepada individunya dan berbara’ daripada setiap kemungkarannya.