Wasiat Para Ulama Salaf As-Soleh
Prasangka yang menganggap wajibnya muwazanah antara sudut buruk dan sudut baik dalam mengkritik seseorang, mengomentar kitab tulisannya atau jamaahnya, merupakan anggapan yang tidak memiliki dalil dari Kitabullah ‘Azza wa-Jalla atau dari sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Hal ini merupakan manhaj yang asing dan manhaj yang bid’ah.
Kaum Salaf as-Soleh tidak berpendapat (tidak membenarkan) tentang kemestian bermuwazanah. Adalah wajib memberikan peringatan agar berhati-hati terhadap bid’ah dan ahlinya menurut kesepakatan kaum muslimin tanpa bermuwazanah, bahkan wajib juga menyebut bid’ah-bid’ah mereka serta memberi peringatan kepada umat agar berwaspada sehingga dapat mengajak orang-orang beriman menjauhi dan memerangi kesesatan mereka.
Para ulalma Salaf as-Soleh telah menyusun banyak kitab-kitab tentang perkara yang berkaitan dengan sunnah atau memperjelaskan tentang hakikat sunnah agar umat Islam dapat menjauhi segala bentuk bid’ah. Mereka tegas terhadap ahli bid’ah dan terus menerus menghentam bid’ah-bid’ah serta memberi peringatan agar menjauhi ahli bid’ah. Namun mereka tidak mewajibkan agar bermuwazanah terhadap ahli bid’ah, kerana perbuatan tersebut amat bertentangan dengan manhaj Salaf as-Soleh. Adapun anggapan tentang wajibnya muwazanah adalah fahaman yang batil dan bid’ah.
Muwazanah adalah perbuatan seseorang yang ingin menutup kesesatan atau kesalahannya, atau kesalahan orang lain yang berselindung melalui topeng kebaikannya, atau tidak mahu bertaubat terhadap keterlanjuran, bid’ah dan kesesatannya sama ada yang berkaitan dengan akidah, ibadah, siyasah, muamalah atau akhlak.
Sewajarnya difahami bahawa bertindak terhadap ahli bid’ah dan membuat peringatan agar waspada dari segala bentuk bid’ah yang telah mereka sebar adalah merupakan jihad di jalan Allah ‘Azza wa-Jalla. Bermuwazanah adalah penghalang jihad ilmu yang perlu dibenteras. Oleh itu para ulama dipikulkan kepada mereka kewajipan menyedarkan umat pada dua hal:
1. Wajib bagi pemuda Salaf untuk bangkit dan sedar terhadap apa yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah. Wajib menentang dengan kekuatan ilmu apa dan siapa sahaja yang menentang akidah serta manhaj Salaf as-Soleh tanpa bermuwazanah.
2. Jihad dengan ilmu dan hujah merupakan jihad para nabi dan RasulNya. Ia diwariskan kepada generasi salaf dan kepada mereka yang mengikuti manhaj mereka yang tidak boleh dihalang-halangi dengan konsep muwazanah.
Suatu perkara yang tidak mungkin berlaku kepada orang yang beriman, berilmu dan penegak sunnah iaitu bersepakat dengan pelaku bid’ah atas alasan bermuwazanah, kecuali jika sekiranya ia seorang yang masih jahil atau munafik. Imam Yahya bin Yahya an-Naisaburi rahimahullah berkata:
“Membela sunnah lebih baik daripada jihad”. [1]
[1] . Keseluruhan wasiat ini dinukil dari: Manhaj Ahli Sunnah Dalam
Mengkritik Tokoh, Kitab Dan Aliran. Rabi’ bin Hadi Umar al- Madkhali.