Umar at-Tilmisani
Sepatutnya tanggungjawab utama Umar at-Tilmisani ialah memperbetulkan ketergelinciran dakwah syeikhnya Hasan al-Banna. Setelah dari itu barulah memperjuangkan, mempertahankan dan meneruskan kebaikan Hasan al-Banna, bukan melanjutkan segala bid’ah-bid’ah yang dicipta dan ditimbulkan oleh Hasan al-Banna (yang mungkin timbul kerana dikuasai oleh akal dan hawa nafsunya) malah Umar at-Tilmisani menambah beberapa lagi kemaksiatan yang dikuasai oleh hawa nafsunya. Dia meminati muzik dan berbangga mempelajari dan menguasai berbagai-bagai tarian Eropah dan berbagai-bagai joget.[1] Kebanggaannya diceritakan berkali-kali di dalam beberapa tulisannya. Ada orang yang mempertahankan maksiat Tilmisani dengan alasan muzik itu halal. Yusuf al-Qaradhawi pula mempertahankan hobi Umar at-Tilmisani dengan seruannya agar para muslimah memasuki bidang lakunan untuk melawan para pelakun Eropah dan Amerika yang menentang Islam melalui lakunan dan wayang. Dan Si Bodoh dengan sejarah Umar at-Tilmasani mengatakan bahawa beliau telah bertaubat.
Sebenarnya Tilmisani tidak pernah bertaubat. Dalam jangka masa yang begitu lama, beliau masih melayani kehendak hawa nafsunya dengan menghabiskan masa lapangnya menuntun wayang di panggung-panggung di Mesir. Dia berbesar hati menjadi pemimpin yang pandai berjoget, menari dan meminati muzik. Kaki wayang, kaki joget, kaki lagu serta kaki muzik ini menyeru agar dihidupkan hobinya di kalangan jamaahnya. Beliau berkata:
فمن واجب الدعاة ان يتقنوا استعمال كل أجهزة الاعلام ووسائله بما فيه المسرح والسينما والتلفزيون.
“Maka antara kewajipan pendakwah, hendaklah mereka mahir menggunakan segala kemudahan media dan perantara-perantaranya yang berkaitan dengannya, antaranya melalui pementasan, wayang dan TV”.[2]
Bolehkah diterima model dakwah yang dianjurkan oleh Umar at-Tilmisani pemimpin Ikhwanul Muslimin dan penerus dakwahnya Hasan al-Banna ini? Halalkah berdakwah melalui pementasan, wayang dan lakunan di TV atau di panggung wayang? Pernahkah setiap lakunan atau pementasan dipisahkan antara pelakun lelaki dan wanita cantik yang bersolek dan berdandan? Halalkah menonton, menghayati dan memberi sepenuh perhatian kepada pelakun wanita muda dan cantik (walau atas nama dakwah) yang kadang kala atau kebiasaannya mendedahkan aurat? Bagaimana pemahaman Umar at-Tilmisani tentang firman yang menyentuh isu ini? Allah berfirman:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَارِهِمْ.
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya”[3]
Firman Allah: “Hendaklah mereka menahan pandangannya”, ayat ini bermaksud agar kaum lelaki menahan pandangannya dari melihat perempuan-perempuan yang bukan mahramahnya. Apabila menonton wayang atau pementasan, pastinya ada pelakun wanita yang berhias dan berdandan. Apakah Umar at-Tilmisani menundukkan pandangannya agar tidak melihat kecantikan pelakun wanita tersebut? Ketahuilah bahawa yang paling banyak berdandan dan berhias adalah para pelakun! Allah juga berfirman:
وَقَرْنَ فِي بُيُوْتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلاُوْلَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah”.[4]
Setiap filem dan pementasan biasanya lebih bercorak komersial dan memakan biaya atau kos perbelanjaan yang besar. Pulangan perlu diusahakan agar filem dan pementasan dapat diteruskan. Oleh itu sesuatu yang menarik perlu diutamakan dalam sesebuah filem. Maka akan berlaku pengeksploitasian para pelakun wanita yang mahu bertabarruj (berdandan, berhias serta bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah) kerana wanita jenis itulah yang sangat diperlukan untuk melariskan sesebuah filem. Apakah pernah terdapat sebuah filem yang tidak ada wanita muda dan cantik di dalamnya yang dituntun oleh Umar at-Tilmisani? Tabiat dan hobi seperti inilah yang perlu diharamkan oleh para peminat Ikhwanul Muslimin, bukan menyokong dan menghalalkannya dengan berbagai cara dan alasan.
Selain meminati wayang, lakunan dan menuntun TV, Umar at-Tilmisani juga gemar menari secara ikhtilat (bercampur-baur dengan perempuan yang bukan mahramahnya), meminati persembahan gelak ketawa dan mengambil bahagian dalam rancangan ini. Lihat dan bacalah cerita dan pengakuan Tilmisani di dalam buku hasil tulisannya (ذكريات لا مذكرات) halaman 3 dan halaman 17.
Di dalam bukunya juga (ذكريات لا مذكرات) halaman 144 pula Tilmisani menceritakan bahawa beliau sangat meminati lagu-lagu Ummi Kalsum sebagaimana Yusuf al-Qaradhawi meminatinya, sehingga dirasakan oleh beliau lagu-lagu Ummi Kalsum telah merawatnya semasa beliau terlantar di rumah sakit.
Inilah sebabnya para pendukung Ikhwanul Muslimin (termasuk yang ikut-ikutan di Malaysia) tidak mahu mengharamkan nyanyian, lagu dan muzik kerana terdapat tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang mereka sanjung tergolong sebagai pemuja lagu, nyanyian, muzik, tarian dan kaki wayang.
Cubalah berlapang dada dan fikirkan, bukankah hawa nafsu Umar at-Tilmisani yang suka menuntun persembahan lawak jenaka, menghidupkan suasana kelakar atau gelak ketawa bertentangan dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang telah mengharamkannya?
وَيْلٌ لِلَّذِيْنَ يُحدِثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمِ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ.
“Celaka bagi orang-orang yang bercakap kemudian dia berdusta dalam percakapannya demi supaya suatu kaum ketawa (geli hati). Celaka baginya, celaka baginya”.[5]
Gelagat Tilmisani sebagai pemimpin pertubuhan Islam tentulah tidak dapat diterima oleh orang Islam yang berakal, yang mahu kembali kepada sunnah dan mengikuti manhaj Salaf as-Soleh, kerana Tilmisani tidak pernah merasa segan silu membuat pengakuan yang memalukan tentang apa yang telah dikerjakannya, sehingga tiada rahsia lagi untuk mengetahui siapa dia Umar at-Tilmisani yang sebenarnya. Dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahlil-ahwa sebagaimana pengakuan beliau:
وَلَئِنْ سَأَلُوْنِيْ عَنِ الْهَوَى فَأَنَا الْهَوَى وَابْنُ الْهَوَى وَأَبُوْاالْهَوَى وَأَخُوْهُ
“Dan sekiranya aku ditanya tentang hawa nafsu, maka akulah Si Hawa nafsu, anak Si Hawa nafsu, bapa Si Hawa nafsu dan saudara Si Hawa nafsu”.[6]
Sebagai seorang imam dan khalifah Ikhwanul Muslimin maka bagaimana pula pemahaman Tilmisani terhadap firman Allah:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةَ فَمَنْ يَهْدِيْهِ مِنْ بَعْدِ اللهِ أَفَلاَتَذَكَّرُوْنَ.
“Maka apakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran”.[7]
Fikirkan dan fahamilah firman Allah di atas dan apa yang telah dikatakan oleh Ibn Abbas radiallahu ‘anhu serta athar-athar sahih yang seterusnya:
كُلُّ هَوَى ضَلاَلَةٌ.
“Setiap hawa nafsu itu sesat”.[8]
عَنْ طَاوُس أَنَّهُ قَالَ : مَا ذَكَرَ اللهُ هَوًى فِى الْقُرْآنِ اِلاَّ عَابَهُ.
“Dari Tawus sesungguhnya dia berkata: Tiada yang Allah sebut tentang hawa nafsu di dalam al-Quran kecuali diaibkannya”.[9]
وَعَنْ الْحَسَن قَالَ : أَهْلُ الْهَوَى بِمَنْزِلَةِ الْيَهُوْد وَالنَّصَارَى.
“Dari al-Hasan beliau berkata: Ahli Ahwa setaraf dengan Yahudi dan Nasara”.[10]
وَعَنِ الشَّعْبِي قَالَ : إِنَّمَاسُمِّيَت اْلاَهْوَى ِلاَنَّهَاتَهْوي بِصَاحِبِهَاالَى النَّارِ
“Dari as-Sy’abi berkata: Sesungguhnya dinamakan hawa nafsu kerana menjerumuskan pelakunya ke neraka”.[11]
عَنِ ابْنِ سِيْرِيْن قَالَ : لَوْ خَرَجَ الدَّجَّالُ ، لَرَأَيْتَ أَنَّهُ سَيَتَّبِعَهُ أَهْل اْلاَهْوَاء.
“Dari Ibn Sirin berkata: Jika sekiranya Dajjal keluar, pasti engkau akan lihat bahawa pengikutnya adalah Ahla Ahwa”.[12]
Begitu juga kepercayaan kuburi telah ditanamkan oleh Hasan al-Banna kepada setiap tokoh dan para pengikut Ikhwanul Muslimin termasuklah Si Umar at-Tilmisani sebagaimana yang telah penulis jelaskan. Contoh yang seterusnya: Tilmisani berkata tentang memuliakan kuburan dan perayaan Israk Mikraj yang diadakan oleh Ikhwanul Muslimin:
إن الاحتفال بهذه الذكرى يدل مظهره علىتعظيم شأن هذه المعجزة الباهرة
“Sesungguhnya perayaan mengingati kejadian Israk ini, menunjukkan pentingnya pengagungan terhadap mukjizat yang luar biasa ini”.[13]
Umar at-Tilmisani juga berkata tentang bolehnya mendatangi kubur untuk meminta dan bertawassul kepada mayat dan mengadakan perayaan di kuburan:
فلا داعي إذن للتشدد فى النكير على من يعتقد كرامة الأولياء واللجوء إليهم فى قبورهم الطاهرة والدعاء فيها عند التشدائد.
“Bagi seorang daie tidak boleh berkeras semasa menentang orang-orang yang berkeyakinan pada kemuliaan para wali yang mendatangi kubur-kubur mereka dan berdoa kepada mereka di kubur mereka”.[14]
Beliau berkata lagi:
“Aku memilih pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memberi pengampunan semasa baginda hidup dan setelah baginda wafat bagi sesiapa yang mahu mendatangi kubur baginda yang mulia”.[15]
Umar at-Tilmisani terbukti dia benar-benar seorang kuburi, kerana ia berterusan mengisytiharkan dengan pengakuannya:
“Bahawasanya jiwaku ada bersama para wali Allah (yang telah mati. Pent), mencintai mereka dan terikat pada mereka… dan bahawasanya yang demikian ini tidak akan mempengaruhi akidah tauhid”.[16]
Umar at-Tilmisani terus bertegas dengan kenyataannya:
“Maka tidak ada perintah untnk menentang secara keterlaluan untuk mengingkari orang yang mempercayai keramat para wali, kemudian memohon kepada wali-wali tersebut di kubur-kubur mereka yang suci, begitu juga tiada larangan untuk bermohon kepada mereka disaat-saat genting. Sesungguhnya keramat para wali merupakan pembuktian mukjizat para nabi”.[17]
“Kami tidak ada kena-mengena dengan sesiapa yang memusuhi para wali Allah dan para penziarah kubur atau orang yang berdoa kepada kubur-kubur mereka”.[18]
“Aku bertegas kepada mereka yang sangat keras mengingkari kuburi, berlunaklah sedikit, tidak syirik, tidak merosakkan akidah dan tidak menjadi mulhid dalam masalah ini (kuburi)”.[19]
Perbuatan ini bertentangan dengan firman Allah
وَالَّذِيْنَ لاَ يَشْهَدُوْنَ الزُّوْرَ وَإِذَا مَرُّوْا بِاللَّغْوِ مَرُّوْا كِرَامًا.
“Dan orang-orang yang tidak menghadiri zuur dan apabila bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui sahaja dengan memelihara kehormatan dirinya”.[20]
Perkataan (kalimah) zuur bermaksud kebatilan. Sifat para hamba ar-Rahman ialah tidak menghadiri zuur bermakna tidak menghadiri majlis batil[21] (seperti perayaan maulid kerana ia perayaan yang batil). Zuur bermakna juga: Syirik, mengibadahi berhala (seperti beribadah di kuburan atau mengibadahi kuburan). Qaul yang lain bahawa Zuur memberi maksud: Pembohongan (kedustaan), kefasikan, kekufuran, perbuatan yang sia-sia atau kebatilan.
Bukankah Hasan al-Banna dan kebanyakan para tokoh Ikhwanul Muslimin melakukan semuanya itu dan menyetujui kesyirikan kuburi? Mereka tawaf, memuliakan, membina dan memelihara bangunan yang didirikan di kuburan Syaidah Zainab, al-Badawi, ar-Rifaii, ad-Dasuki, Sayid Sanjar dan ramai lagi yang dianggap keramat dan wali.
Hasan al-Banna berkata:
“Pada setiap hari Jumaat, kami sering ke Damanhur dan kami melakukan perjalanan untuk menziarahi kubur para wali yang hampir dengan Damanhur. Kami menziarahi Dasuki dengan berjalan kaki selepas solat Subuh kira-kira 20 km. selama 3 jam”.[22]
Kadang kala kami menziarahi makam yang di dalamnya terdapat kubur Syeikh Sanjar…. Kami menghabiskan waktu sehari suntuk di kubur tersebut, kemudian barulah kami pulang”.[23]
Menurut hukum syara, ziarah ada tiga jenis iaitu: Sunnah, bid’ah dan syirik. Yang bid’ah dan syirik ialah apabila berniat untuk berdoa dan bertawassul dengan mayat di dalam kubur sama ada kubur para nabi, rasul atau wali.
Bagaimana pula Umar at-Tilmisani yang diangkat sebagai imam, khalifah, pemimpin, ketua, tokoh dan mursyid ketiga dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin terus bergelumang dengan berbagai-bagai amalan bid’ah, khurafat, maksiat dan jahiliyah?
[1]. Bacalah pengakuanTilmisani di dalam bukunya (ذكريات لا مذكرات) hlm 8
[2] . Ibid. Hlm. 26.
[3] . an-Nur, 24:30.
[4] . al-Ahzab. 33:33
[5] . H/R Hakim 1/46. Ahmad 5/3-5. Dan Tirmizi 2315. Hadis Hasan.
[6]. Lihat: مذكرات التلميساني hlm. 263.
[7] . al-Jaasiyah. 45:23.
[8] . Diriwayatkan oleh Abdul Razzak dalam المصنف. Dan al-Lalakaii dalam
شرح السنة dari Ibn Tawus dan bapanya.
[9] . Diriwayatkan oleh al-Lalakaii di dalam Syarah as-Sunnah.
[10] . Ibid.
[11] . Ibid.
[12] . Ibid.
[13] . Lihat: Dakwahtul Ikhwan al-Muslimin Fi Mizanil Islam. Hlm. 73.
[14] . Lihat: Syahidul Mihrab. Hlm. 226. Umar at-Tilmisani.
[15] . Lihat: Syahidul Mihrab Umar Bin al-Khattab. Hlm. 226.
[16] . Lihat: Syahidul Mihrab. Hlm. 231. Umar Tilmisani.
[17] . Ibid.
[18] . Ibid. Hlm. 231.
[19] . Ibid.
[20] . al-Furqan. 72.
[21] . Lihat tafsir Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini.
[22] . Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah. Hlm. 33.
[23] . Ibid.