Jenis-Jenis Wala’ Yang Sunnah Dan Yang Bid’ah
Ada tiga jenis wala’ yang berlaku di kalangan masyarakat Islam dizaman ini. Dua jenis wala’ yang bid’ah dan hanya satu yang mengikut sunnah. Iaitu:
1. Berwala’ (taat setia) hanya kepada pemimpin (ketua jamaah atau tanzim hizbi) dan anggota jamaahnya sahaja, kemudian berbara’ (berlepas tangan) kepada setiap orang Islam yang di luar jamaahnya (kelompoknya) sama ada pemimpin atau orang awam.
Wala’ dan bara’ jenis ini adalah bid’ah kerana tidak ada dasarnya dari sunnah. Wala’ seperti ini kebiasaannya berlaku di kalangan kaum-kaum hizbi, haraki, jihadi dan termasuklah golongan pengganas yang memakai nama Islam. Contohnya: Ikhwanul Muslimin, JI (Jamaah Islam), DI (Darul Islam)[1], kaum tariqat kesufian yang mana mereka semua hanya berwala’ kepada ketua (pemimpin) mereka dan kepada ahli jamaahnya sahaja. Mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang di luar jamaahnya dan berbara’ (berlepas diri) kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang Islam yang dianggap bukan jamaah mereka, menentang atau keluar dari jamaah.
2. Kaum-kaum tariqat sufiyah atau yang semodel dengan sufi. Contohnya seperti: Jamaah Tabligh, al-Arqam (tariqat Muhammadiyah), Naqsabandiyah, Rafaieyah dan semua kaum-kaum ghulat yang fanatik kepada para syeikhnya atau guru mursyid mereka. Mereka boleh berwala’ (mencintai dan taat setia) kepada sesiapa sahaja sehinggalah kepada orang kafir, tetapi yang paling diberi keutamaan taat setia oleh mereka ialah para syeikh, guru mursyid dan golongan mereka. Mereka tidak berbara’ (tidak membenci atau berlepas diri) kepada orang-orang kafir kerana mereka tidak memahami apa itu al-wala’ dan al-bara’, malah hampir tidak ada kalimah bara’ bagi mereka. Inilah antara penyakit bid’ah yang melanda kaum-kaum tariqat sufi dan kebatinan. Namun mereka sanggup melakukan apa sahaja tindakan terhadap sesiapa sahaja yang di luar kelompok mereka, terutama apabila mendapat arahan dari syeikh dan demi mematuhi syeikh mereka walaupun bertentangan dengan hukum-hukum syara.
3. Ahli Sunnah wal-Jamaah yang kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh. Mereka berwala’ (mencintai) setiap Ahli Kiblah (setiap orang Islam), walaupun seseorang itu pelaku maksiat selagi tidak terang-terangan melakukan kekafiran. Ahli Sunnah wal-Jamaah yang meniti di atas manhaj Salaf as-Soleh mereka berbara’ (berlepas diri) hanya kepada setiap kesalahan orang Islam. Namun mereka sentiasa berbara’ (diharamkan berwala’) kepada setiap orang kafir walaupun dari kalangan keluarga mereka sendiri, tetapi masih tetap diwajibkan berbuat baik kepada semua orang-orang kafir sebagaimana yang ditetapkan oleh syara.

--------------------------------------------------------------------
[1] . Nama asal gerakan ini ialah DII (Darul Islam Indonesia), tetapi setelah ketua-ketua mereka seperti Abdullah Sungkar, Abdul Samad (Abdurahman atau Abdullah Basyir), Abu Jibril, Mukhlas dan beberapa orang lagi melarikan diri ke Malaysia dan bergerak terutamanya di Malasyia dan di Singapura, maka mereka menggantikan dengan nama DI (Darul Islam).