Monday

09- Siapa Abdullah Bin Saba’?

Siapa Abdullah Bin Saba’?

Sebenarnya Syiah adalah kelahiran dari (ciptaan) musuh Allah yang terlaknat iaitu Yahudi. Syiah merupakan perancangan (konspirasi) Yahudi yang telah dijayakan oleh seorang lelaki Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ dengan cara mengkultuskan (mensucikan) Ali bin Abi Talib dan Ahli Bait.

Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Si Munafik ini datang ke Madinah dimasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan radiallahu ‘anhu dengan berpura-pura sebagai seorang yang alim. Dialah juga perancang terhadap pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan membangkitkan hura-hara dalam kalangan para sahabat radiallahu ‘anhum.

Ramai para penulis dan para ulama Syiah mengakui adanya seorang lelaki utusan Yahudi ini (Abdullah bin Saba’). Antara para ulama Syiah yang membenarkan wujudnya Abdullah bin Saba’ ialah: Sa’ad bin Abdullah al-Qummi
[1], an-Naubakhti[2], Abdullah an-Nasyi’ al-Akbar[3], Abdullah al-Mamaqani[4] Muhammad Husin al-Zain[5] dan ramai lagi. Oleh itu, kewujudan Abdullah bin Saba’ bukanlah suatu rekaan.


[1] . Usul Mazahib as-Syiah al-Imamiyah al-Ithna Asyariyah. 1/74.
[2] . at-Thusi, al-Fihris hlm. 75.
[3] . Masail Imamah, W 293.
[4] . Tanqih al-Maqal, W. 1351.
[5] . Lihat: asy-Syiah fit Tarikh. Hlm. 213.