Al-Bara’ Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh
Kalau sebelum ini dijelaskan tentang apa itu wala’, maka kini perlu pula dijelaskan pengertian al-Bara’ yang wajib diketahui oleh orang yang beriman.
Adapun pengertian al-bara’ menurut bahasa لُغُةً ialah sebagaimana disebut: بَرِئَ مِنْهُ bermaksud: Bebas atau berlepas diri darinya atau tiada kena-mengena atau tidak terlibat dengannya. Misalnya, apabila seseorang tidak terlibat dengan hutang-piutang, ia dikatakan: بَرِئَ مِنَ الدَّيْنِ bermaksud: “Dia telah terlepas dari hutang-piutang”.
Kalimah al-bara’ menurut istilah ialah lawan bagi kalimah al-wala’. Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:
“al-Walaayah (al-wala’) adalah lawan kepada perkataan al-‘adawah (permusuhan).[1]
Adapun asal makna al-walaayah (al-wala’) adalah cinta dan mendekatkan diri. Asal makna al-‘adawah (al-bara’) ialah kebencian dan menjauhkan diri.
Wajib bagi setiap mukmin memahami persoalan al-wala’ dan al-bara’ sebagimana yang telah difatwakan oleh para aimmah as-Salaf as-Soleh, kerana al-wala’ dan al-bara’ termasuk juga dalam bab akidah.
Apakah para tokoh Ikhwanul Muslimin ketandusan ilmu dalam perkara ini sehingga mengajak umat berwala’ kepada Syiah, Yahudi, Nasrani dan orang kafir sebagaimana dalam laungan mereka menyeru kepada “Wahdatul Adian” atau Penyatuan Agama yang diserukan di dalam berbagai muktamar atau konvensyen yang mereka adakan.
---------------------------------------------------------------------------------
[1] . Lihat: al-Furqan hlm. 53 Ibn Taimiyah komentar Dr. Abdurrahman al-Yahya.