Jarh Wa-Ta’dil
Dalam tulisan ini penulis sengaja menyelitkan persoalan jarh wa-ta’dil agar pembaaca yang budiman mampu memahami persoalan ini dengan sempurna, dapat menambah satu lagi ilmu yang wajib diketahui sehingga mengenali dan meninggalkan tokoh-tokoh penyesat yang telah dijarh oleh para ulama muktabar. Mudah-mudahan dengan panduan ilmu jarh wa-ta’dil para pencari ilmu yang ikhlas dapat menyelamatkan akidah dan ibadah mereka dari ditalbis (diperangkap) oleh syaitan jenis manusia yang ditokohkan sebagai ulama oleh orang-orang yang bodoh. Semoga dengan pemahaman yang sempurna tentang jarh wa-ta’dil (insya Allah) mampu menilai para tokoh Ikhwanul Muslimin yang muflisin, yang tandus dari ilmu-ilmu yang hak.
Jarh adalah bentuk “Pencelaan”. Ta’dil adalah bentuk “Pujian/Sanjungan”. Berkenaan hal ini, Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah telah menjelaskan:
وَالْجَرْحُ مُقَدِّمُ عَلَى التَّعْدِيْلِ إِنْ صَدَرَ مُبَيِّنًا مَنْ عَارِفُ بِأَسْبَابِهِ.
“Dan jarh (celaan) lebih didahulukan (diutamakan) daripada ta’dil (pujian) apabila disandarkan pada sebab-sebab jarh yang telah dijelaskan oleh orang yang mengetahui sebab-sebabnya”.[1]
Dari kaedah ini dibolehkan melakukan ta’dil (pujian) terhadap seseorang secara mujmal (global/umum) tetapi apabila terdapat atau tercetusnya jarh (celaan) yang melibatkan akidah tauhid dari para ulama muktabar atau ahli ilmu yang menjarh secara mufassar (terperinci/khusus), maka yang wajib didahulukan adalah jarh (pencelaan). Oleh yang demikian seseorang yang telah ditahzir akidahnya oleh para ulama salaf dengan cara menjarhnya, maka segala bentuk tulisannya tidak boleh dianggap sebagai ilmiyah diniyah, walaupun terdapat orang-orang umum memberikan pujian dan tazkiyah (pembersihan) terhadapnya kerana Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan:
وَتُقْبَلُ التَّزْكِيَةُ مِنْ عَارِفٍ بِأَسْبَابِهَا وَلَوْ مِنْ وَاحِدٍ.
“Dan hanya diterima tazkiyah yang menyebutkan sebab-sebab (tazkiyah) tersebut dari orang yang benar-benar mengetahui walaupun datangnya dari satu orang”.[2]
Kaedah jarh secara ilmiyah yang dijelaskan oleh Ibn Hajar al-Asqalani, ia tidak berlaku kepada tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin termasuklah tokoh-tokoh Sururiyah yang telah dijarh inti akidahnya oleh para ulama Salaf as-Soleh, kerana kerosakan akidah para tokoh Ikhwanul Muslimin telah dinyatakan dan dilahirkan di dalam tulisan-tulisan, kenyataan dan ucapan-ucapan mereka sehingga tidak dapat dinafikan lagi. Namun yang dijarh adalah akidahnya, mereka tidak pernah pula dikafirkan kerana urusan akidah adalah kerja hati. Hati insan adalah urusan Allah, tidak siapa mengetahui hakikatnya kecuali Allah.