Siapa Syiah Dan Dari Mana?
Jika dicetuskan soalan, mengapa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti imam as-Syafie, Hambali, Maliki, Hanafi, Ibn Taimiyah dan begitu ramai para ulama Salaf yang menolak serta mengkafirkan Syiah (dikenali juga dengan sebutan Rafidhah)? Persoalan dan isu ini hanya akan terjawab apabila kita merujuk kepada kitab-kitab Salaf atau kitab-kitab para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang telah mendedahkan kebatilan Syiah, dimana kitab-kitab tersebut telah menjelaskan hakikat kesesatan Syiah sama ada pada akidah, ibadah, akhlak atau amalan-amalannya.
Definisi dan pengertian Syiah: Menurut etimologis: Syiah bermaksud pengikut, pendukung atau penyokong. Menurut terminologi pula ialah: Sesiapa yang hanya mengangkat keimamam, kepimpinan atau kekhalifahan dan keimaman Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu dan Ahli Bait.
Pengertian Tasyaiyu’(التشيع)[1] menurut etimologis ialah: Berittiba’ (patuh dan mentaati) secara agama dan mengangkat (berwala’) kepada orang yang ditaati dengan penuh keikhlasan tanpa berbelah bagi.
Para Ulama Ahli Sunnah menolak fahaman Syiah dan Tasyaiyu’ kerana mazhab, ajaran atau fahaman ini bukan dari Islam. Ada pun perbezaan pokok antara Ahli Sunnah wal-Jamaah dengan Syiah tidak terletak pada tata-cara ibadahnya yang bersetatus furu’ melainkan pada perkara usul atau akidah yang berupa asas.
Para Ahli Sunnah terlebih dahulu memperjuangkan dan mementingkan akidah di samping ibadah (fiqhiyah), akhlak, politik, ekonomi dan sosial, bukan semata-mata lebih tertumpu kepada politik ummah sebagaimana yang diperjuangkan oleh Syiah. Oleh kerana itu untuk selama-lamanya Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Syiah tidak akan dapat disatukan lantaran perbezaan dan pertentangan akidah. Tetapi para pemimpin Ikhwanul Muslimin pula beranggapan sebaliknya, dimana mereka terus memuji-muji, berwala’ dan mengangkat Syiah sebagai golongan yang setara dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehinggalah sekarang. Tidakkah mereka tahu apakah motif sebenar Syiah diwujudkan oleh Yahudi? Apakah yang akan terjadi jika Syiah disatukan dengan Ahli Sunnah seperti di Iraq? Siapakah yang sebenar pencetus golongan Syiah? Dan tidakkah mereka menyedari bahawa tangan-tangan Syiah adalah pembunuh Ahli Sunnah wal-Jamaah yang terbesar sebagaimana yang telah dicatit dan akan terus dicatit oleh sejarah.
[1] . Tasyaiyu’ bermaksud: Menjadi penganut Syiah.