Al-Wala’ & al-Bara’ Mengikut Manhaj Salaf
Secara umum (al-wala’) bermaksud: Cinta dan setia kepada Allah, cinta terhadap segala yang dicintaiNya, benci terhadap segala apa yang dibenciNya, reda kepada apa sahaja yang diredaiNya, memerintahkan kepada apa yang diperintahkanNya, mencegah segala yang dicegahNya, memberi kepada seseorang yang Allah cinta untuk memberinya dan tidak memberi kepada seseorang yang Allah tidak suka memberinya.[1]
Allah ‘Azza wa-Jalla tidak mencintai orang-orang Yahudi sebaliknya melaknat mereka. Begitu juga dengan Nasrani, Majusi, munafik dan fasik. Oleh itu adalah suatu kesalahan bagi para tokoh Ikhwanul Muslimin dan para pengekornya yang mengajak umat Islam agar bersatu dan mencintai Yahudi, Nasrani dan orang-orang yang terkeluar dari millah Islamiyah seperti kaum-kaum Gulat yang terdiri dari kalangan Syiah, golongan sufiyah dan yang seumpamanya, yang mana para tokoh Ikhwanul Muslimin berbara’ secara mutlak kepada mereka sehingga orang-orang awam mencontohi mereka.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda yang dapat dikenali pengertian wala’ dan bara’ dari sabdanya:
أَوْثَقَ عُرَى الاِيْمَانُ الْحُبُّ فِى اللهِ وَالْبُغْضُ فِى اللهِ.
“Simpul ikatan iman yang paling kukuh ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah”.[2]
مَنْ أَحَبَّ فِى اللهِ وَأَبْغَضَ فِى اللهِ وَأَعْطَى فِى اللهِ وَمَنَعَ فِى اللهِ فَقَد ِاسْتَكْمَلَ اْلاِيْمَانِ
“Barangsiapa yang cinta kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna imannya”.[3]
Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:
“Bagi seseorang yang beriman ia harus melakukan wala’ dan bara’ kerana Allah. Seseorang mukmin harus mencurahkan wala’nya kepada mukmin lainnya meskipun orang mukmin tersebut telah menzaliminya, sebab kezaliman itu tidak memutuskan al-mawaalah al-imaniyah. Allah berfirman:
وَإِنْ طَآئِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ قْتَتَلُوْا فَأَصْلِحُوْا بَيْنَهُمَا.
“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya”.[4]
Dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤِْمِنُوْنَ إِخْوَةٌ
“Sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara”.
اَلْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ.
“Seorang Islam ialah yang menjadikan orang-orang Islam selamat dari lidah dan tangannya”.[5]
Walaupun seorang mukmin tidak boleh berwala’ (mencintai) orang-orang kafir, tetapi masih diwajibkan berbuat baik kepada mereka sebagaimana akan dijelaskan di tulisan ini dengan dibawakan hujah-hujah dari al-Quran, hadis-hadis sahih, athar-athar para sahabat dan fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang muktabar.
[1] . Lihat: al-Furqan. Hlm. 52. Ibn Taimiyah.
[2] . H/R Turmizi.
[3] . H/R Turmizi
[4] . al-Hujurat. 9.
[5] . H/R Bukhari 1/54 al-Fath. Muslim 1/65