Islam Menentang Keganasan
Kebanyakan jenayah keganasan bom berani mati yang berlaku di berbagai-bagai negara di dunia sejak kebelakangan ini, sama ada benar atau tidak, hanya tuduhan atau hakikat, ia sering dikaitkan dengan orang-orang Islam. Si Kuffar terutamanya menuding jari kepada umat Islam kerana terdapat firqah-firqah dari masyarakat Islam mengaku bahawa merekalah yang melakukannya. Dengan keterlibatan atau pengakuan dari firqah orang-orang Islam maka mass media kaum kafirin mengambil kesempatan mempropagandakan seolah-olah Islam itu ganas dan umatnya pengganas. Kini telah menjadi persepsi dan sinonim kepada sebahagian masyarakat kuffar yang dikejutkan oleh keganasan segelintir orang Islam bahawa keganasan itu Islam dan Islam itu pengganas.
Pelampau, pengganas dan kini pengebom berani mati amat mudah dilontarkan kepada masyarakat Islam. Si Kuffar mentohmah negara Islam atau firqah Islamiyah yang datangnya dari negara Islam melakukan semua kekejian tersebut, sedangkan kadang kala belum ditemui sembarang bukti yang jelas bahawa orang Islam yang melakukannya.
Malangnya apabila berlaku keganasan melalui letupan bom atau pembunuhan, jika dilakukan oleh orang Islam, mereka akan beralasan untuk memenuhi tuntutan jihad demi melawan kezaliman penguasa Islam yang dianggap kafir atau kuasa-kuasa besar yang menindas serta membunuh umat Islam, walhal hakikat yang sebenar pengeboman (jenayah keganasan yang mereka lakukan) didorong dan dicetuskan oleh emosi marah, dendam, hasad dan tidak puas hati beberapa pemimpin atau tokoh sebagaimana yang dilakukan oleh pertubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir, pimpinan Hasan al-Banna. Itulah model jihad Khawarij gaya baru.
Amat mendukacitakan, mereka bertindak ganas lantaran kejahilan dan gara-gara dipimpin oleh orang-orang yang jahil tentang syariat Islam yang dipandu oleh hawa nafsu mereka. Sedangkan syariat Islam telah mengharamkan setiap orang yang beriman dari mentaati keinginan si jahil dan pengekor hawa nafsu. Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.[1]
Keganasan melalui bom nekad atau bom berani mati yang mereka lakukan telah menakutkan semua lapisan manusia. Pada mulanya keganasan ini ditujukan kepada golongan umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka, yang tidak mahu bergabung dengan mereka, yang menolak fikrah mereka, selanjutnya mereka sasarkan kepada sesiapa sahaja yang dianggap sebagai musuh. Mereka luaskan pula ke atas negara, pemimpin, pemerintah Islam yang dianggap mendokong pemerintahan kuffar, kuasa-kuasa besar atau kecil yang dianggap sebagai taghut (syaitan) dan akhirnya mangsa tindakan ganas mereka adalah semua peringkat masyarakat, sama ada Islam atau kafir, di negara Islam atau di negara kuffar.
Akibat dari tindakan firqah melakukan keganasan atas nama Islam dan jihad, mereka telah menimpakan berbagai-bagai masalah kepada umat Islam dan umat lainnya di seluruh pelosok dunia. Angkara kegiatan bom berani mati atau operasi berani mati yang dilakukan oleh puak-puak muda Islam yang tertipu oleh doktrin jihad Yusuf al-Qaradhawi yang songsang, tragedi tersebut telah mengakibatkan nama Islam tercemar, agama Islam dibenci dan umat Islam menjadi mangsa kezaliman, penindasan tindakan kejam kuasa-kuasa kuffar.
Perlulah dimaklumi bahawa jihad ada rukun dan syaratnya. Sedangkan pengeboman berani mati telah melanggar rukun, syarat dan tuntutan jihad. Pengebom berani mati memulakan pembunuhan terhadap diri sendiri sebelum menjurus membunuh orang lain yang kemudian bertukar kepada gerakan terror “fasadun fil ardhi”. Jihad yang benar dimulakan dengan bersungguh untuk melawan dan membunuh musuh, kemudian barulah dirinya terbunuh jika dikehendaki oleh Allah ‘Azza wa-Jalla untuk memberinya anugerah sebagai syahid.
Fatwa Yusuf al-Qaradhawi ini bertentangan dengan fatwa para ulama besar yang datangnya dari Majlis Haiah Kibarul Ulama Arab Saudi, mereka mengeluarkan fatwa tentang haramnya membunuh diri, termasuklah dengan cara pengeboman berani mati atau yang seumpamanya.[2]
Moga-moga Allah memberikan taufik dan hidayahNya kepada para pemimpin Islam, para ulamanya dan seluruh umat Islam sekalian sehingga mampu membasmi aliran, pemikiran, gerakan dan ideologi pengganas.
Semoga Allah ‘Azza wa-Jalla sentiasa melindungi kita dari keterlampauan fatwa Yusuf al-Qaradhawi, penyelewengan fikrahnya dan penyelewengan para pak turutnya yang taksub dan taklid buta serta terhadap mereka yang sealiran dengannya.