Peyelewengan Para Pemimpin Ikhwanul Muslimin
Didapati hampir keseluruhan para pemimpin Ikhwanul Muslimin lebih memberi tumpuan kepada persoalan fiqh, tasawuf (tariqat kesufian), falsafah, politik dan teori-teori pemikiran. Orang-orang awam yang bergabung membantu perjuangan mereka yang lebih menekankan persoalan sosial dan politik. Yang fanatik buta kepada para pemikir pertubuhan ini dan para pentaqlid yang ekstrem terhadap buah fikiran tokoh-tokohnya serta yang ghulu dengan Ikhwanul Muslimin semakin hari semakin bertambah sedangkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:
وَإِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِى الدِّيْنِ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الْغُلُوَّ فِى الدِّيْنِ.
“Hati-hatilah kamu terhadap perbuatan ghulu dalam beragama, kerana sesungguhnya binasanya orang sebelum kamu kerana berbuat ghulu dalam agama”.[1]
Mereka yang taksub (ghulu) dengan pertubuhan dan tokoh-tokoh penggerak pertubuhan ini benar-benar tertipu oleh golongan yang muflisin dalam ilmu-ilmu akidah, yang tersasar dari manhaj Salaf as-Soleh yang mereka sangka benar-benar Ikhwanul Muslimin, tetapi sebenarnya adalah Ikhwanul Muflisin. Fikirkanlah tentang Sayid Qutub yang menolak hadis melihat Allah, Hasan al-Banna dengan tafwidh dan bermunajat dengan kuburan, Muhammad al-Gazali yang menolak hadis ahad, Mohammad Qutub yang mengkafirkan umat dan banyak lagi kemuflisan ilmu-ilmu hak yang telah dibuktikan secara ilmiyah di dalam tulisan ini.
Sungguh tepat apa yang telah dikhabar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
سَيَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيْهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيْهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيْهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيْهَا الأَمِيْنُ وَيَنْطِقُ فِيْهَا الرُّوَيْبِضِةُ، قِيْلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ : اَلرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِى أَمْرِالْعَامَّةِ.
“Akan tiba nanti kepada umat manusia masa-masa yang penuh tipu daya. Pada ketika itu pendusta dianggap orang jujur sebaliknya orang jujur dianggap pendusta. Orang yang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula mahu bercakap. Baginda ditanya: Siapa itu Ruwaibidhah? Baginda menjawab: Orang-orang dungu (bodoh sombong) syok sendiri apabila berbicara tentang orang-orang banyak (umat)”.[2]
[1] . H/R Ahmad 1/215,347. Ibn Majah 3029. an-Nasaii 5/268. Hadis sahih
menurut syarat Muslim. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam as-Sahih
1283.
[2] . Lihat: Musnad Imam Ahmad 15:37-38 syarah dan ta’liq Ahmad Syakir. Beliau berkata: isnad hadis ini hasan dan matannya sahih. Ibnu Kathir berkata: Isnad hadis ini adalah isnad yang baik.