Memperjuangkan Tasawuf
Terdapat banyak tulisan dan buah fikiran Sa’id Hawa yang dipenuhi dengan bid’ah, syirik, khurafat dan tahaiyul. Seolah-olah dia sentiasa melanjutkan apa yang telah diperjuangkan oleh gurunya (Hasan al-Banna rahimahullah). Sa’id Hawa berkata:
“Tasawuf adalah gerakan Islam yang terkini - yang dimaksudkan ialah – gerakan tasawuf yang dihidupkan oleh Ikhwanul Muslimin”.[1]
“Gerakan Islam yang terkini memberi tumpuan kepada pendidikan sufiyah secara pemikiran dan pelaksanaan agama secara menyeluruh, kerana ustaz al-Banna memberi pengkhususan utama kepada hakikat sufiyah”.[2]
Begitulah pemikiran tokoh Ikhwanul Muslimin yang amat mencintai perjuangan jamaahnya iaitu memperjuangkan tariqat sufi atau tasawuf. Fahamilah, menurut ulama Salaf, tasawuf adalah suatu gerakan yang berunsur Jahiliyah Majusiyah dan bukan ajaran Islam! Tidak pernah diperjuangkan atau dilaungkan oleh para penggerak dan para pejuang Islam seperti para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in. Ia dicetuskan oleh Majusi kemudian dihidupkan, disuburkan dan disebar-luaskan oleh Yahudi dan Nasrani sebagai amalan mereka. Setelah para pendita Majusi, Yahudi dan Nasrani memeluk Islam, maka mereka memasukkan dan membawa atau terbawa-bawa ajaran tasawuf ke dalam ajaran Islam.
Sa’id Hawa menganggap Hasan al-Banna sebagai pembesar sufiyah dan digelar sebagai Mursyid al-Kamil (mursyid yang sempurna), iaitu pewaris nabi yang paling sempurna sebagaimana tercatit di dalam bukunya “Tarbiyatuhum ar-Ruhiyah” hlm 159. Sa’id Hawa berkata di dalam bukunya ini di halaman 21 bahawa:
Ustaz al-Banna adalah Mursyid yang sempurna dengan persaksian sebagai sufi besar pada jiwa orang-orang Ikhwanul Muslimin. Dia seorang Mujaddid (reformer), wakil wali-wali dan dia khalifah yang sebenarnya. Oleh yang demikian maka wajib mengambil keseluruhan isi kandungan dakwahnya secara sempurna”.
Pada hakikatnya Sa’id Hawa lantaran kepincangan manhaj dan ghulunya kepada Hasan al-Banna dan jamaahnya, beliau telah mempersempit ruang dakwah Islamiyah dengan menekankan:
“Oleh kerana itu, tidak seorangpun boleh meninggalkan dakwah Ikhwanul Muslimin”.[3]
Tidak terdapat walaupun sebuah kitab akidah tulisan para tokoh Ikhwanul Muslimin yang boleh dijadikan rujukan. Mereka tidak memberi keutamaan kepada dakwah akidah tetapi memberi tumpuan kepada siyasah (politik) dan sufiyah. Apabila sebuah gerakan dakwah kosong dan kering dari akidah tauhid yang sahihah, sedangkan dakwah Islamiyah didahulukan dengan akidah yang berlandaskan dan bertujuan li I’alaai Kalimatillahi ‘Ulya (untuk meninggikan Kalimah Allah yang mulia : “La Ilaha Illallah”), iaitu dakwah yang taukifiyah. Apabila seruan atau gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin tidak memenuhi tujuan yang dituntut oleh syariah, maka gerakan dakwah tersebut lebih layak dinamakan: Gerakan Dakwah Ikhwanul Muflisin. Itulah hakikat sebenar dakwahnya tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang Muflisin. Semoga Allah memberi ganjaran di atas segala usaha yang telah mereka perjuangkan disepanjang hidup mereka.
[1] . Lihat: Tarbiatuhum ar-Ruhiyah. Hlm. 6. Sa’id Hawa.
[2] . Ibid. Hlm. 17.
[3] . Lihat: Fii Afaqit Ta’lim. Hlm. 16.