Usamah Bin Laden
Usamah bin Laden adalah anak ke 17 dari 52 adik-beradik. Lulusan King Abdul Aziz Universiti, Jeddah, Arab Saudi dan memperolehi sarjana ekonomi. Salah seorang anak murid Surur bin Nayef Zainal Abidin yang mewarisi pemikiran Tauhid Hakimiyah Takfiriyah warisan Syaid Qutub dan para pejuang Ikhwanul Muslimin. Kemudian melalui pentarbiyahan Surur bin Nayef Zainal Abidin terserap dan terpacak pemikiran yang bid’ah ini ke kepala Usamah bin Laden.
Penekanan berbagai prinsip Ikhwanul Muslimin yang menyalahi syara oleh Muhammad Surur kepada Usamah bin Laden menyebabkan Usamah tampil sebagai seorang Sururi, Qutubi, Khawarij, Takfiri dan akhirnya pemimpin teroris antarabangsa terkemuka yang ditunggangi oleh Amerika Syarikat. Begitu juga Aiman Adhawari, pemikirannya telah memberi kesan mendalam kepada Usamah bin Laden sehingga dengan berbekalkan semangat takfiri Usamah bin Laden menyampaikan khutbahnya:
“Telah berpecah alam kepada dua bahagian iaitu, Pertama: Kafir yang tidak ada iman di dalamnya dan kedua: Iman yang tidak ada kekafiran padanya. Maka yang beriman ialah sesiapa yang bersama mereka di pergunungan Afghanistan, yang berganding tangan dengan mereka itulah orang-orang muslim, selainnya adalah orang-orang kafir yang harus dibunuh sama ada pemerintah atau yang diperintah”. [1]
Ungkapan Usamah dengan kata-katanya: “Maka yang beriman ialah sesiapa yang bersama mereka di pergunungan Afghanistan” ini adalah fahaman takfir (pengkafiran Usamah bin Laden) terhadap umat Islam yang tidak berada di pergunungan Afghanistan. Dan ungkapannya: “Selainnya adalah orang-orang kafir yang harus dibunuh sama ada pemerintah atau yang diperintah” ini adalah benar-benar akidah Khawarij yang hanya boleh dikeluarkan oleh seorang pengganas dan hanya boleh diterima dan ditaati oleh seseorang yang berfahaman pengganas seperti Usamah bin Laden.
Syeikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullah telah mengeluarkan fatwa tentang kata-kata Usamah yang menyalahi syara ini. Syeikh Abdul Aziz bin Bazz berfatwa:
“Usamah bin Laden tergolong dari kelompok orang-orang pembuat kerosakan (pengganas) di permukaan bumi, dia telah memilih jalan kejahatan, jalan yang keji serta telah terkeluar dari mentaati Waliul Amri (pemerintah)”.[2]
Istilah “terkeluar dari mentaati Waliul Amri” adalah julukan yang diberikan kepada firqah Khawarij. Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’i rahimahullah dari Yaman mengeluarkan fatwa bahawa Usamah bin Laden adalah pengganas:
“Aku berlepas di hadapan Allah dari kesesatan Usamah bin Laden. Dia merupakan pengganas dan musibah terhadap umat ini. Kegiatannya adalah kegiatan pengganas”.[3]
Fatwa Syeikh Ahmad bin Yahya an-Najmi tentang Usamah:
“Pasti tidak diragukan bahawa (Usamah bin Laden) termasuk aktivis bid’ah dan kemaksiatan (pengganas). Sesiapa yang melindungi kelompok tersebut termasuk ke dalam mereka yang diancam oleh sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
لَعَنَ اللهُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا
“Laknat Allah terhadap sesiapa yang melindungi aktivis bid’ah”.[4]
[1] . Lihat: Harian al-Madinah. Bil. 14743. Tarikh 7/71424H.
[2] . Lihat: Akhbar al-Muslimun dan asy-Syarqul Ausat. 9 Jamadilula 1417H.
[3] . Diterbitkan oleh Akhbar ar-Rayul ‘Am. 19 Disember l998. Kuwait.
[4] . H/R Muslim 1978.