Ikhwanul Muslimin Dan Pengganas (Teroris)
Melalui prinsip Khawarij yang dikembangkan oleh Ikhwanul Muslimin, fahaman Tauhid Hakimiyah, teori takfir (pengkafiran),[1] penubuhan Tanzim Khas dan semangat aksi teror (pengebom berani mati)[2] yang diamalkan malah telah menjadi dasar perjuangan Ikhwanul Muslimin, semuanya itu telah membawa kepada gerakan teroris besar-besaran di Mesir dan menjadi model ikutan kepada semua aktivis ala Ikhwanul Muslimin di manapun mereka berada. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui penekanan ketua-ketua dan para pemimpin Ikhwanul Muslimin antaranya Hasan al-Banna:
“Dan fasa kedua adalah fasa khusus untuk membina syakhsiyah (peribadi) supaya taat, mendengar, jihad, membunuh, melakukan keganasan (teror), melaksanakan setiap perintah pemimpin dan mengkafirkan pemerintah”.[3]
Setelah “Tanzim Khusus” terlaksana, maka Hasan al-Banna membentuk marhalah yang ketiga tetapi setelah beliau terbunuh pada tahun 1949M rancangannya gagal di separuh jalan, namun marhalah ini sempat direalisasikan oleh al-Hudhaibi pada tahun 1952M dengan melakukan huru-hara, pemberontakan dan akhirnya melakukan rampasan kuasa sehingga menyebabkan tumbangnya kekuasaan Raja al-Faruq sebagaimana yang tercatit sebagai sejarah hitam Mesir.
Unsur-unsur keganasan dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin dapat dikesan di dalam teks baiah mereka yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
Pertama: Berbaiah secara kesufiyan yang mewajibkan para ahli taat seratus peratus kepada guru atau pemimpin sehingga sama sekali tidak boleh melanggar pembaiahan. Contohnya di hadapan Hasan al-Banna seseorang pengikut menjadi seperti mayat: “Mendengar dengan pendengaran Hasan al-Banna dan melihat dengan penglihatan Hasan al-Banna”.[4]
Kedua: Berbaiah secara ketenteraan. Mewajibkan para pengikut Ikhwanul Muslimin konsisten mentaati pemimpin dalam jihad, peperangan (pembunuhan) dan yang berkaitan dengan peperangan.[5] Melalui prinsip pembaiahan ketenteraan yang cara membaiahnya dengan menjunjung al-Quran, maka realitinya para pengikut bersedia mematuhi perintah pemimpin sehinggalah melakukan kekacauan, huru-hara dan pembunuhan (keganasan). Mereka pernah bertindak melalui para pelajar dalam acara demonstrasi, membawa bahan letupan dan meletupkan bahan tersebut dalam aksi keganasan sehingga mengorbankan ramai nyawa.[6] Segala perintah dan arahan tersebut mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh para ahli kerana ia tertakluk kepada ikrar baiah:
”Mendengar, taat, tidak merasa serik, tidak ragu dan tidak bimbang”.[7]
Pada tahun 1940M Hasan al-Banna menubuhkan gerakan ketenteraan (Tanzim Khusus). Anggotanya membaiah Hasan al-Banna dengan menjunjung al-Quran untuk bersedia dan setia melakukan kekacauan, rusuhan, kekejaman, demonstrasi, melakukan pembunuhan terhadap polis, tentera, orang awam, pegawai pemerintah dan rakyat jelata. Dan semuanya itu telah dilakukan oleh mereka sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Raja Faruq.[8]
Pada tahun yang sama (1940M), Tanzim Khas dan gerakan komando[9] telah dibentuk oleh Hasan al-Banna. Mereka yang berada di unit ini ditugaskan untuk melakukan operasi keganasan di mana sahaja setelah mendapat arahan dari pemimpin tanpa dipertikaikan. Hal ini telah diakui dan dijelaskan oleh Muhammad Abdul Halim di dalam tulisannya.[10]
[1] . Teori takfir dikembangkan oleh Sayid Qutub di dalam kitabnya “Mu’alimu fii
Tariq”.
[2] . Yusuf al-Qaradhawi telah menghalalkan pengeboman berani mati dan
dianggap pelakunya sebagai berjihad dan mati syahid.
[3] . Lihat: Turukah Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin. Semak “Prinsip
Ketiga”. Aiyid asy-Syamari.
[4] . Lihat: Zikriyat La Muzakkarat. Umar at-Tilmisani.
[5] . Untuk penjelasan lanjut lihat: Turukah Hasan al-Banna wa- Ahammul
Warisin. Prisnip kedua..
[6] . Lihat: Turukah Hasan al-Banna wa- Ahammul Warisin. Di dalam
Prinsip Ketujuh. Aiyid asy-Syumari.
[7] . Lihat: Qanun Nizam Asasi li-Hai’ah Ikhwanul Muslimin wa-Syu’abiha hlm. 7
[8] . Lihat: Kenyataan ini lebih terperinci di dalam buku “Tanzim Khas”. a
Oleh Muhammad as-Shabagh.
[9] . Lihat: “al-Muzakkirat oleh Hasan al-Banna” bahawa para anggota
yang tidak mematuhi arahan Hasan al-Banna akan dihukum. Mereka
tidak mendapat kebebasan sehingga perlu meminta izin walaupun
ingin menunaikan haji.
[10] . Lihat: kenyataan lanjut dan lebih terperinci di dalam buku “Ikhwanul
Muslimin wa-Ahwal Sintai-’Asyara Tarikh. Oleh Muhammad Abdul Halim.