Ikhwanul Muslimin Dan Syiah
Hasan al-Banna, semua tokoh Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang mendukung pergerakan ini mereka berusaha untuk menyatukan Sunni dengan Syiah, malah bekerjasama untuk mensama-ratakan antara Sunni dan Syiah. Contohnya Umar at-Tilmisani (Mursyid ketiga setelah Hasan al-Banna) berkata:
“Fadilat Syeikh Muhammad al-Qummi salah seorang ulama besar dan tokoh ulama besar Syiah merangkap pemimpin Syiah telah diundang ke markas umum Ikhwanul Muslimin. Ia berada dalam waktu yang agak panjang di situ. Sebagaimana juga sudah dimaklumi bahawa Imam Hasan al-Banna telah membuat pertemuan dengan tokoh utama Syiah Ayatullah al-Kasysyani dimusim Haji tahun 1948M hingga membentuk kesatuan fahaman antara Syiah dengan Ikhwanul Muslimin”.[1]
Umar Tilmisani menganggap tokoh Syiah sebagai ulama besar sedangkan dia telah mengkafirkan para sahabat. Dan Umar Tilmisani berkata lagi:
“Seingat saya pada tahun empat puluhan Sayid Qummi tokoh yang bermazhab Syiah berkunjung sebagai tetamu ke Markas Umum Ikhwanul Muslimin. Ketika itu Imam al-Banna sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatukan golongan-golongan yang berpecah (antaranya Syiah)”.[2]
Tilmisani menulis di dalam bukunya:
“Sedarlah, sesungguhnya Ahli Sunnah dan Syiah semuanya adalah kaum Muslimin yang disatukan oleh kalimah Laa Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah! Inilah asas akidah, ternyata Ahli Sunnah dan Syiah dalam akidah adalah sama dan semuanya dalam keimanan. Adapun perselisihan antara keduanya maka itu terjadi pada perkara-perkara yang boleh dilakukan tolak-ansur antara keduanya”.[3]
Bantahan Saya: Tidak mungkin akidah Ahli Sunnah mempunyai asas yang sama dengan Syiah kerana akidah Syiah antaranya ialah memaksumkan para imam-imam mereka dan mengharamkan pengikutnya dari bersolat di belakang imam Ahli Sunnah kecuali dengan taqiyah. Begitu juga bagaimana Syiah boleh dianggap sebagai sama dengan kaum muslimin sedangkan Syiah bukan sahaja mengkafirkan tetapi melaknat para sahabat terutamanya Khalifah Abu Bakr, Umar, Uthman, Muawiyah dan Syiah tidak pernah memuliakan Ummul Mukminin malah mengkafirkannya kerana menurut al-Majalisi:
“Syiah berlepas dari empat wanita iaitu ‘Aisyah, Hafsah, Hindun, Ummu Hakam serta seluruh keluarga dan pengikut mereka”.[4]
Kepercayaan Syiah ini bertentangan dengan firman Allah yang menjelaskan:
اَلنَّبِيُّ اَوْلَى بِالْمُؤْمِنِيْنَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ.
“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka”.[5]
Ingatlah, tidak ada tolak ansur dalam persoalan akidah kerana ia melibatkan tauhid dan syirik! Akidah Syiah adalah akidah yang dipenuhi dengan syirik akbar (syirik besar) dan menentang akidah ahli Sunnah wal-Jamaah.
Tilmisani berkata:
“Pendekatan antara Syiah dan Sunnah merupakan kewajipan para fuqaha’ masa kini. Beliau berkata lagi: Maka merupakan kewajipan para fuqaha’ untuk menubuhkan pemikiran taqrib (pendekatan Syiah dan Sunnah) guna membina masa depan kaum muslimin yang gemilang”.[6]
Bantahan saya: Bagaimana boleh melakukan pendekatan sedangkan Syiah mengharamkan lelaki Sunnah (Sunni) bernikah dengan wanita Syiah dan begitulah sebaliknya.
Dr. Izzuddin Ibrahim berkata:
“Aku ikut terlibat dalam usaha kumpulan ini (pendekatan antara Sunnah dan Syiah) atas berkat al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna yang berpendapat bahawa kaum muslimin sama ada Sunni atau Syiah adalah umat yang satu. Kitab sucinya satu, rasulnya satu, menetapkan halal dan haram juga satu, sistem siyasahnya satu, sistem ekonominya satu, sistem sosialnya satu, daulahnya satu begitu juga dalam rangka membersihkan alam dari kezaliman, ketidakadilan, kepalsuan yang dilakukan oleh dua kuasa besar. Maka Sunni dan Syiah semestinya bersatu dalam menghadapinya”.[7]
Bantahan saya: Ini hanyalah suatu diayah. Syiah tidak pernah mengiktiraf kitab-kitab hadis Ahli Sunnah seperti Sahih al-Bukhari, Muslim, Turmizi dan lain-lainnya. Mereka hanya mengiktiraf kitab al-Kafi oleh Kulaini dan menolak al-Quran kerana hanya berpegang kepada Mushaf Fatimah.
Muhammad al-Ghazali[8] telah mengemukakan sikap dan pendirian terhadap Syiah di mana beliau telah berkata:
“Aku termasuk anggota penyatuan antara berbagai mazhab. Aku diberi tugas menyenambungkan jamaah di Markas Ikhwanul Muslimin di Kaherah (Cairo). Aku berusaha merapatkan penyatuan dengan Syiah melalui Muhammad Taqiy al-Qummi (tokoh Syiah) sebagaimana aku usahakan melalui Syeikh Jawwad (tokoh Syiah). Aku berusaha merapatkan hubungan dengan ramai tokoh-tokoh Syiah lainnya”.[9]
Komentar saya: Ini hanyalah kerja yang sia-sia dan tidak berfaedah. al-Hamdulillah ternyata usaha Muhammad al-Ghazali tidak berjaya dan tidak mencapai matlamatnya sehinggalah beliau meninggal dunia.
Zainab al-Ghazali pula berkata:
“Menurutku Syiah Ja’fariyah dan Zaidiyah termasuk mazhab Islam seperti empat mazhab di kalangan Ahli Sunnah. Para cendiakawan dan para tokoh dari kalangan Sunnah dan Syiah hendaklah mencari titik pertemuan dan saling memahami serta bekerjasama dalam mengeratkan hubungan antara mazhab yang empat dengan mazhab-mazhab Syiah”.[10]
Bantahan Saya: Ini adalah satu kebodohan yang nyata. Bukankah Syiah Ja’fariyah dan Zaidiyah menolak mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah dan mendirikan mazhabnya sendiri serta mempunyai prinsip tersendiri dan menentang akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah?
Abdul Aziz bin Syabib as-Saqr berkata:
Setelah Hasan al-Banna meninggal, usaha pendekatan Syiah dengan Sunnah diambil alih oleh seluruh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin agar diterapkan di negeri masing-masing sebagaimana yang diusahakan oleh Umar at-Tilmisani di Mesir, Mustafa as-Siba’i di Syiria, Hasan at-Turabi di Sudan, al-Ganusyi di Tunis, Fathi Yakan di Lubnan dan al-Maududi di Pakistan”.[11]
Dengan dasar yang busuk ini para pentaklid Ikhwanul Muslimin mendapat suntikan memberi sokongan kepada Syiah sehinggalah sekarang. Contohnya mereka bermati-matian mempertahan Hizbullah pimpinan Hasan Nasrullah di Lubnan atas alasan jihad sedangkan Hizbullah pada hakikatnya ialah Hizbur Rafidhah - Syiah kelahiran Khomeini. Perjuangan Hizbullah di Lubnan tidak boleh dianggap jihad.
Hizbullah tidak pernah menyerukan kalimatul ‘ulya, tidak pernah menegakkan tauhid dan tidak berjihad untuk pemurnian akidah sebaliknya yang ada di lubuk hati mereka hanyalah akidah Syiah – Rafidhah yang tidak pernah mencintai Ahli Sunnah wal-Jamaah. Adapun peperangan di jalan Allah (jihad fisabilillah) hanya untuk meninggikan kalimat Allah (tauhidullah) serta menolong agama Allah dan selainnya pula adalah bukan fisabilillah melainkan fanatisma dan semangat jahiliyah. Jihad di Lubnan hanya untuk meraih sokongan dari Si Jahil tentang Hizbus Syiah - Rafidhah.
Hizbullah tidak mungkin boleh bersatu dengan Ahli Sunnah kerana mereka berbeza dalam hal akidah, matlamat dan tujuan. Akidah mereka Syiah - Rafidhah pastinya matlamat jihad mereka adalah untuk memenuhi tujuan sebenar perjuangan yang mereka lakukan iaitu meluaskan Hizbur Rafidhah – Hizbus Syiah alias empayar Iran – Parsi.
Lihatlah di Iraq di mana Hizbus Syiah – Hizbur Rafidhah tidak sudi bersatu dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga ribuan Ahli Sunnah diusir, dibunuh dan disembelih dengan penuh kekejaman dan sadis. Mereka hinjak-hinjak al-Quran, masjid-masjid orang-orang Sunnah dirampas atau dimusnahkan, yayasan-yayasan sunnah dihapuskan dan kehormatan Ahli Sunnah wal-Jamaah dicabul dengan tidak ada pertimbangan agama dan peri kemanusiaan. Apakah Syiah (Rafidhah) di Iran dan di Iraq berbeza akidah, prinsip dan perjuangannya dengan Syiah di Lubnan pimpinan Hasan Nasrullah wahai orang yang mahu memikirkan!
Slogan Kita Sokong Hizbullah, Bukan Syiah menyamai slogan Si Buta yang tidak pernah kenal dan tidak tahu apa itu gajah. Apabila ditanya kepada beberapa orang buta tersebut apakah itu gajah maka jika Si Buta pertama terpegang ekor yang berbau tahi pasti akan dijawabnya: Gajah adalah benda panjang yang berbau tahi. Seorang lagi jika terpegang perutnya pasti akan menjawab: Gajah adalah benda besar dan bulat yang tergantung dan jika yang seorang lagi terpegang kakinya pasti dia akan berkata: Gajah adalah suatu benda panjang yang tegak berdiri. Ekor, perut dan kaki adalah termasuk dalam anggota gajah kerana subjeknya adalah gajah dan datangnya dari badan gajah tetapi oleh kerana orang buta yang menjelaskannya maka pasti mereka syok sendiri dalam memperkatakannya.
Begitulah juga dengan Hizbullah, ia adalah Syiah kerana datangnya dari orang-orang Syiah yang tidak sudi meninggalkan akidah Syiahnya, ia walaupun sesuatu yang berlainan namanya tetapi tetap benda yang satu kerana datangnya dari unsur yang satu.
Janganlah pula dihari kemudian ada yang berslogan: Saya tidak memberi sumbangan makanan kepada babi tetapi saya memberi sumbangan makanan ke mulut babi. Sedangkan semua sumbangan yang ke mulut babi pasti akan masuk hanya ke perut babi dan tidak akan masuk ke perut sapi. Begitulah sumbangan yang diberikan kepada Hizbullah – Syi’ie ianya tidak akan sampai dan tidak akan memberi manfaat kepada orang-orang Sunni kerana perang di Lubnan lebih menghancurkan bumi Lubnan, menimpakan kerosakan besar, pembunuhan beribu-ribu rakyat awam, meranapkan tempat tinggal, bangunan dan menimpakan kesengsaraan kepada rakyat Lubnan berbanding rakyat Yahudi dan orang-orang Hizbullah.
Bagaimana boleh dianggap jihad jika tentera Hizbullah menimpakan ribuan kematian, kecederaan dan penderitaan kepada wanita, kanak-kanak dan orang-orang awam yang sepatutnya dilindungi? Bagaimana tentera Hizbullah juga boleh dianggap wira jihad jika menyusup ke dalam barisan wanita, kanak-kanak dan orang awam yang hanya melibatkan sedikit kematian di pihak Hizbullah kerana mereka (wanita, kanak-kanak dan orang awam) dijadikan sebagai benteng pertahanan? Model jihad Hizbullah lebih mengundang kecelakaan dan kehancuran malah hanya mengangkat dan meninggikan bendera Hizbullah bukan kalimatullah. Hizbullah tidak menampilkan jihad Islam tetapi jihad yang kejam yang diilhamkan oleh syaitan terlaknat.
[1] . Lihat: Limaza Ughtila Hasan al-Banna, hlm. 32. Lihat: Nukilan dari
Ikhwanul Muslimin fi-Mizan.
[2] . Lihat: Zikriyat Laa Muzakkirat. Hlm. 249, Tilmisani.
[3] . Ibid. Hlm. 250.
[4]. Haqqul Yakin hlm 519. Muhammad Baqir al-Majalisi (berbahasa Parsi).
[5] . al-Ahzab. 33:6.
[6] . Lihat: Majalah Dakwah al-Misriyah. Keluaran 105, Julai 1985.
[7]. Lihat: Mauqif Ulama Muslimin Min asy-Syiah wa-Saurah al-Islamiyah hlm. 35
[8]. Muhammad al-Ghazali lahir pada 1334H (l9l7M) di Nakla al-‘Inab. Meninggal pada 6 Mach l996M di Mesir. Walaupun pernah menjadi guru penulis selama 3 tahun di Universiti Ummul Qura, namun penulis menghormati beliau hanya sebagai guru tetapi penulis lebih mencintai ilmu yang datangnya dari Allah ‘Azza wa-Jalla berbanding pemikiran Muhammad al-Ghazali yang banyak dipertikai.
[9] . Ibid. Hlm. 22.
[10] . Lihat: Muaqif Ulama Muslimin wa-Saurah al-Islamiyah. Hlm. 33.
[11]. Lihat: Tahafutus Syi’arat wa-Suqutul Aqni’ah. Hlm. 32. Abdul Aziz Syabib.