Monday

38 - Sikap Ikhwanul Muslimin Terhadap al-Wala' & al-Bara'


Sikap Ikhwanul Muslimin Terhadap al-Wala’ & al-Bara’

Pada hakikatnya Ikhwanul Muslimin tidak mempunyai sikap dan pegangan secara syarie dalam persoalan al-wala’ dan al-bara’. Mereka berwala’ kepada Yahudi dan Nasrani. Perbuatan mereka yang mungkar ini terbukti dalam ungkapaan yang mereka laungkan:

“Mereka itu saudara kita”
Di lain ungkapan:
“Semua agama sama”

Ungkapan-ungkapan ini menjadi slogan sehingga dimantapkan dengan fatwa Hasan al-Banna yang diulang-ulang di berbagai buku tulisan tokoh-tokoh Ikhwan:

“Kami tegaskan bahawa permusuhan kami dengan Yahudi bukanlah permusuhan agama”.
[1]

Dikuatkan lagi dengan fatwa Yusuf al-Qaradhawi:

“Kami memerangi orang-orang Yahudi bukan kerana persoalan akidah tetapi kami memerangi mereka kerana persoalan tanah. Kami memerangi mereka bukan kerana kekafirannya tetapi kerana mereka merampas tanah kami”.
[2]
Umar at-Tilmisani berkata:

“Seingat ku, dalam tahun empt puluhan Sayid Qummi melawat markas besar Ikhwanul Muslimin, (diketika itu Hasan al-Banna) berjuang bersungguh-sungguh untuk menyatukan seluruh mazhab”.
[3]

Hasan at-Turabi pula berkata:

“Tidak boleh bagi seorang Muslim mengkafirkan Yahudi atau Nasrani”.
[4]

Apakah para tokoh Ikhwanul Muslimin seperti al-Qaradhawi dan Hasan at-Turabi dan yang lainnya tidak mengetahui bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala, RasulNya dan para aimmah Salaf as-Soleh telah mengkafirkan dan melaknat Yahudi dan Nasrani? Bagaimana mereka tidak sudi melaknatnya malah berwala’ kepada mereka dengan memuji dan menjadikan mereka pemimpin dalam kepimpinan Ikhwanul Muslimin? Allah berfirman:
لُعِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ.

“Telah dilaknat orang-orang kafir dari golongan Bani Israil”.
[5]
لَعْنَةُ اللهِ عَلَى الْيَهُوْد وَالنَّصَارَى.

“Laknat Allah ke atas orang Yahudi dan Nasrani”.
[6]

Malah Ikhwanul Muslimin, para tokohnya dan para pengikutnya sangat memuliakan dan bersikap lunak sehingga ke tahap berwala’ kepada semua agama, mazhab, fahaman atau kepercayaan walaupun agama, mazhab dan fahaman tersebut telah jelas kafirnya, sesat, mungkar, menentang akidah tauhid dan jelas telah dilaknat. Mungkin mereka menerimanya berdasarkan slogan mereka yang batil:

“Kami wajib saling tolong-menolong dalam perkara-perkara yang disepakati. Saling bertoleransi dalam perkara-perkara yang diperselisihkan”.

-----------------------------------------------------------------------------

[1]. Lihat: (1) al-Ikhwanul Muslimun Ahdasun Sana’at Tarikh 1/409-410
Mahmud Abdul Karim.
(2). al-Qutubiyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha. Hlm. 59.
[2] . Lihat: (1). Akhbar ar-Rayah, terbitan 4696. 25 Januari 1995. Qatar
(2). al-Qutubiyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha. Hlm. 207.
[3] . Lihat: (1). Mauqif Ulama al-Muslimin. Hlm. 6. Dr. Izzuddin Ibrahim.
(2). al-Qutubiyah Hiyal Fitnah Ta’rifuha. Hlm. 56.
[4] . Lihat: (1). Majalah “asy-Syariah”. Hlm. 21.
(2). Isyruna Makhazan ‘Ala as-Sururiyah. Hlm. 2.
[5] . al-Maidah. 78.
[6] . H/R Bukhari 435. Dan Muslim 531.