Monday

15 - Tandas Penyatuan Pemikiran

Tandas Penyatuan Pemikiran

Ikhwanul Muslimin terkenal dengan berpendirian suka mencipta dan memuja berbagai pandangan dan pengistilahan pemikiran yang bid’ah. Mereka pengkagum berbagai-bagai manhaj fikiran atau pemikiran walaupun pemikir (ahli fikir) yang diambil buah fikirannya telah jelas bid’ahnya, menyeleweng akidahnya atau orang-orang kafir seperti orientalis yang ditakjubi falsafah pemikirannya. Sehingga apabila mengadakan seminar, konvensen, wacana, foram atau seumpamanya sering diutamakan isu-isu berkait dengan pemikiran seperti memilih tajuk: Pemikiran Hasan al-Banna, Pemikiran Sayid Qutub dan akhirnya muncul laman web IPYQ (Institut Pemikiran Yusuf al-Qaradhawi). Sememangnya mereka gemar mengulamakan ahli fikir atau pemikir.

Para pentaqlid, pengekor, pengikut, pengampu yang ekstrem dan jamaah Ikhwanul Muslimin itu sendiri (walaupun terdapat beberapa orang dari ulama mereka tidak berkeinginan seperti itu), mereka dikenali juga sebagai tandas, tong sampah atau setor pengumpul pemikiran yang dikumpul dari tokoh-tokoh yang diulamakan atau ditokohkan oleh mereka. Mereka tidak menapis pemikiran tersebut sekalipun datangnya dari ahli bid’ah dan ahli fikir yang berbagai-bagai aliran manhajnya walaupun sudah nyata kesesatannya. Tidak kira sama ada (manhaj) aliran pemikiran tersebut dari Syiah, Sufiyah, Kuburiyah, Muktazilah, Jahmiyah, Wahdatul Wujud, Nasara, pengganas atau kaum-kaum kuffar yang lain. Contohnya: Ikhwanul Muslimin memasukkan orang-orang Nasara sebagai kepimpinan dalam lajnah mereka kerana dikenali sebagai orang yang tajam pemikirannya. Dr. Abdul Fattah Muhammad al-Uweisi mengakui hakikat ini dan beliau menjelaskan:

“Sebagai bukti, Ikhwanul Muslimin melibatkan orang-orang Nasara dalam keanggotaan lajnah politik di bawah pemerhatian Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada l948M. Antara mereka yang beragama Nasara yang menjadi anggota Ikhwanul Muslimin ialah Wuheib Dus dan Akhnukh Louis Akhnukh”.
[1]

Hasan al-Banna telah membuat pengakuan:
:
وان تقتبس من كل فكرة قديما او حديثة

“Dan akan dikumpulkan (disatukan) segala jenis pemikiran, baik yang terdahulu atau yang terkini”.
[2]

Berkata Umar Tilmisani:

وبلغ من حرصه على توحيد كلمة المسلمين انه كان يرمي الى مؤتمر يجمع الفرق الاسلامية

“Dan dia telah menyampaikan keinginannya (Hasan al-Banna) untuk menyatukan kalimah Muslimin yang mana dia melontarkan keinginannya di Muktamar Menyatukan Firqah Islam (dengan firqah yang bukan Islam)”.
[3]
Al-Asmawy berkata:

“Hasan al-Banna telah menyatukan pemikiran Syaid Jamaluddin al-Afghani (seorang Syiah) dengan jalan (pemikiran) Muhammad Abduh”.
[4]

Untuk mengenal pengekor Ikhwanul Muslimin termasuk yang berlindung di bawah berbagai pertubuhan atau persatuan, sama ada di Malaysia atau di mana sahaja mereka berada ialah dengan mengenal perjuangan dan cita-cita utama mereka. Antara ciri-ciri mereka ialah berjuang menghidupkan, mempertahankan kemudian merealisasikan manhaj pemikiran para tokoh mereka tanpa dipersoalkan makruf atau batil terutamanya pemikiran Hasan al-Banna, Sayid Qutub, Yusuf al-Qaradhawi dan yang lain-lainnya. Sa’id Hawa rahimahullah dengan penuh keyakinan dan dengan rasa ghulu mewakili para pengekor Ikhwanul Muslimin sanggup berkata dan meluahkan isi hatinya:

ونعتقد انه لا جماعة كاملة للمسلمين الا بفكر الاستاذ البنا والا بنظرياته

“Kami beriktikad bahawasanya tidak ada jamaah yang sempurna bagi kaum muslimin kecuali dengan fikrah al-Ustaz al-Banna dan tidak akan sempurna kecuali dengan pandangan-pandangannya”.
[5]

Perkataan Sa’id Hawa dan para tokoh Ikhwanul Muslimin di atas ini ternyata bertentangan dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang menjelaskan bahawa di dalam Islam hanya terdapat satu sahaja manhaj yang membawa al-Jamaah yang mengikutinya ke syurga, selainnya adalah manhaj-manhaj yang ke neraka. Mereka itu adalah al-Jamaah yang meniti manhaj akidah, ibadah dan akhlak Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan bukanlah golongan yang hanya menjuruskan hala pemikirannya mengikut manhaj pemikiran atau fikrahnya Hasan al-Banna semata, kerana dikhuatiri umat akan merasakan seolah-olah Hasan al-Banna menyamai nabi dan rasul. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

سَتَفْتَرِقْ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ فَرْقَة كُلُّهَا فِى النَّارِ إِلاَّ الْجَمَاعَة.

“Akan berpecah umatku kepada 73 golongan, semuanya di dalam neraka kecuali al-Jamaah”.
[6]

Di hadis yang lain Rasulullah bersabda:

خَطَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا مُسْتَقِيْمًا ، وَخَطَّ خُطُوْطًا عَنِ الْيَمِيْنِ وَخَطَّ عَنِ الشِّمَالِ ثُمَّ تَلاَ قَوْل الله : (وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقَيْمًا) ثُمَّ وُضَعَ يَدَهُ عَلَى الْخَطِّ اْلأَوْسَطِ الْمُسْتَقِيْمِ فَقَالَ : هَذَا سَبِيْلُ اللهِ ، وَهَذِهِ سُبلٌ عَلَى كُلِّ سَبِيْلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ.

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menggaris satu garisan yang lurus kemudian menggaris di sebelah kanan dan kirinya lalu membaca ayat: (Ini jalanKu yang lurus). Kemudian meletakkan tangan di atas garisan yang lurus itu kemudian bersabda: Inilah jalan Allah dan yang ini adalah jalan-jalan yang di atas setiap jalan tersebut ada syaitan yang menyeru kepadanya”.
[7]

Jalan-jalan yang melencong ke kanan atau ke kiri adalah jalan yang keluar dari manhaj jamaah kerana mereka mengikuti manhaj dan seruan syaitan. Adapun satu-satunya jalan yang panjang dan lurus itulah manhaj al-Jamaah dimana ianya hanya satu jalan sahaja tidak berbilang-bilang. Pengertian al-Jamaah pula telah dijelaskan oleh Ibn Masoud:

وَأَنَّ الْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَق وَإِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ.

“al-Jamaah: Ialah sesiapa sahaja yang kembali kepada kebenaran walau ia hanya seorang diri”.
[8]

Kebenaran yang dimaksudkan oleh Ibn Masoud ialah apabila seseorang itu kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh dalam memahami al-Quran dan hadis yang sahih termasuklah memilih manhaj akidah, ibadah dan akhlak, bukannya manhaj pemikiran Ikhwanul Muslimin yang bercelaru dan kehilangan panduan. Allah telah berfirman tentang manhaj yang benar:

اَلْحَقُ مِنْ رَبِّكَ فَلاَ تَكُوْنَّنَّ مِنَ الْمُمْتَرَيْنَ.

“Kebenaran itu dari Tuhanmu, janganlah kamu menjadi orang-orang yang ragu”.

Ayat ini menjelasakan bahawa hanya jamaah yang mengikuti kebenaran al-Quran dan al-Hadis sahaja yang diiktiraf sebagai al-Jamaah, bukan yang mengikuti fikrah, buah fikiran atau pandangan Hasan al-Banna, kerana fikrah dan pandangannya dipenuhi dengan fahaman Asy’ariyah (akidahnya) dan berbagai-bagai bid’ah dalam ibadahnya serta tariqat kesufian dan suluk di segi akhlaknya.




[1] . Lihat: Tasawwur Ikhwanul Muslimin lil Qadiyah Palestin. Hlm. 23.
[2] . Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa Daiyah. Hlm. 353.
[3] . Lihat: al-Mulham al-Mauhub Hasan al-Banna. Hlm. 78. Tilmisani.
[4] . Lihat: Majalah ad-Dakwah. No 21. Rabiulawal 1398H. Hlm. 23.
[5] . Lihat: Jaulah fi Fiqhiyin al-Akbar as-Saghir. Hlm 79. Sa’id Hawa.
[6] . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm.
[7] . H/R Nasaii, Darimi. al-Albani mengatakan sanadnya sahih.
[8] . Riwayat al-Baihaqi dalam al-Madkhal.
Lihat: Hawadis wal-Bida’ hlm.22. Abu Syamah. Disahihkan oleh Syeikh
Nasruddin al-Albani.
Lihat: الباعث على انكار البدع والحواتدث hlm. 91-92. Tahqiq Masyhur bin Hasan Salman.
Lihat: Syarah Usul iktiqad. No 160. al-Lalakaii.