Siapa Pencetus Tauhid Hakimiyah?
Firqah pertama yang memulakan pengucapan (لا حاكم الا الله) “Tidak ada hukum kecuali bagi Allah, yang menjadi dasar dan terciptanya teori tauhid hakimiyah adalah firqah Khawarij yang memberontak terhadap Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu. Ia bermula setelah perkara tahkim berlaku, yang mana Abu Musa al-Asy’ari dan Amr bin al’Ash berhukum dengan pentahkiman yang dikehendaki oleh Khalifah Ali bin Abi Talib yang disepakati oleh para pembesar sahabat, tetapi ditolak oleh kelompok yang dikenali sebagai Khawarij. Setelah itu berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh kelompok pengganas penentang dari pasukan Ali yang dikenali sebagai Khawarij dengan berhujahkan: (لا حاكم الا الله) “Tidak ada hakim selain Allah”. Maka Khalifah Ali radiallahu ‘anhu mengatakan kepada mereka:
كَلِمَةُ الْحَقِّ اَرَادَ بِهَا البَاطِل
“Kalimah yang hak, namun yang dikehendaki (dari sebalik kalimah tersebut) ialah kebatilan”.[1]
Ucapan La Hakima Illallah adalah hak berdasarkan firman:
وَاَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا اَنْزَلَ اللهُ.
“Dan hendaklah engkau menghukumi antara mereka dengan apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah”.[2]
اَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُوْنَ وَمَنْ اَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْمًا لِقَوْمِ يُوْقِنُوْنَ.
“Apakah Hukum jahiliyah yang mereka kehendaki dan siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi orang-orang yang yakin”.[3]
Walaupun kalimah di atas ini hak kerana landasannya al-Quran, tetapi yang dikehendaki oleh Khawarij ialah kebatilan apabila ditafsirkan dengan niat untuk mempersalahkan Ali. Kalimah ini diperalat oleh golongan Khawarij untuk mencapai matlamat dan kepentingan politik mereka sehingga terjadi fitnah besar (takfir), keganasan dan pertumpahan darah sesama umat Islam.
Tauhid hakimiyah disuburkan dan disebarluaskan semula oleh para pendiayah hizbi Khawarij Gaya Baru (KGB), Ikhwanul Muslimin, Jamaah Islam (JI), Hizbut Tahrir dan berbagai-bagai hizbi yang lain. Gerakan mereka menyerupai Khawarij zaman Khalifah Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib iaitu membuat dan menyebar fitnah, berdemonstrasi dan pengkafiran terhadap pemerintah atau sesiapa yang menentang mereka. Tujuan dan matlamat Khawarij dahulu dan sekarang (KGB) isi dan tujuannya tetap sama walaupun kulitnya disalut dengan penyamaran kedok yang berlainan.
Memisahkan diri dari pemerintah dan memainkan isu pengkafiran berhujahkan: لاَ حَاكِمَ اِلاَّ الله yang digunakan oleh puak Khawarij bagi mengkafirkan Amirul Mukminin Ali radiallahu anhu dan sesiapa yang menyebelahi Khalifah Ali, sehingga dengan berani mengatakan kepada Ali:
“Engkau telah keluar dari agama Islam, maka hendaklah engkau mengakui bahawa engkau telah kafir, bertaubatlah engkau setelah itu barulah kami membaiah engkau”.
Fikirkanlah, jika Khalifah Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berani ditentang oleh mereka yang telah diracuni oleh fahaman Khawarij, bagaimana pula sikap mereka yang berideologi dengan fahaman ini dewasa ini? Apakah mereka merasa takut dan merasa gerun terhadap pemerintah, pemimpin, penguasa dan pihak berkuasa yang ada sekarang ini? Oleh sebab itu, semua umat Islam yang beriman dan berpegang dengan akidah yang bermanhajkan Salaf as-Soleh, mereka perlulah berhati-hati dan bertindak terhadap gerakan Khawarij, terhadap yang berfahaman Khawarij dan yang melaungkan tauhid hakimiyah Ikhwaniyah, kerana mereka boleh bertindak dan mengganas pada bila-bila masa setelah terbuka peluang kepada mereka.
[1] . H/R Muslim (157) 1066.
[2] . al-Maidah. 49.
[3] . al-Maidah. 50.