Manhaj Salaf Beramar Makruf Nahi Mungkar
Allah ‘Azza wa-Jalla adalah Tuhan yang Maha Adil. Dia akan memberikan kepada orang-orang yang beriman seorang pemimpin yang arif dan bijaksana. Sebaliknya dia akan menjadikan bagi rakyat yang durhaka seorang pemimpin yang zalim. Maka jika tertimpa pada suatu masyarakat atau negara sehingga terlantik seorang pemimpin yang zalim, sesungguhnya kezaliman tersebut dimulai dan datang dari rakyatnya. Meskipun demikian apabila rakyat dipimpin oleh seorang penguasa yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, penyelisihan dan penentangan (terhadap syariat) yang tidak mengakibatkan ia kufur dan terkeluar dari Islam, maka tetap diwajibkan kepada setiap rakyat yang berilmu untuk menasihati pemimpin dengan cara yang sesuai dengan syariat. Bukan dengan ucapan yang kasar yang dilemparkan di tempat-tempat umum (khalayak ramai), apatah lagi mengkhabarkan dan membuka aib pemerintah, kerana tindakan serupa itu dapat menimbulkan fitnah yang lebih besar dari permasalahan yang mereka tuntut.
Adapun suruhan memberi nasihat kepada pemerintah dengan sembunyi-sembunyi adalah hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa -sallam:
“Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara; Maka janganlah ia paparkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa (raja) dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati).”
Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad al-Khaitysami dalam al-Majma’, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah. Hadis ini banyak yang meriwayatkannya sehingga kedudukannya sahih. Demikian keterangan Syeikh Abdullah bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim.[1] Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam Dilalul Jannah fi Takhriji Sunnah. Hadis ini menjadi dasar dalam menasihati pemerintah. Orang yang menasihati jika sudah melaksanakan cara ini, dia telah berlepas diri (dari dosa) dan pertanggungjawaban. Demikian dijelaskan oleh Syeikh Abdullah bin Barjas. Sesungguhnya para ulama salaf bertindak sesuai dengan kandungan hadis ini. Imam asy-Syaukani rahimahullah yang berkata:
“Bagi orang-orang yang ingin menasihati imam (pemimpin) dalam beberapa masalah (lantaran pemimpin itu telah berbuat salah), seharusnya ia tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk di hadapan khalayak ramai. Tetapi sebagaimana terdapat arahan di dalam hadis sahih, bahawa seorang tadi mengambil tangan imam dan berbicara empat mata dengannya, kemudian menasihatinya tanpa merendahkan penguasa Allah”.
Kami telah menyebutkan pada awal kitab as-Sir:
“Bahawasanya tidak boleh memberontak terhadap pemimpin walaupun kezalimannya sampai ke puncak kezaliman apapun, selama mereka menegakkan solat dan tidak terlihat kekufuran yang nyata dari mereka”.
Hadis-hadis dalam masalah ini mutawatir, oleh itu wajib atas rakyat mentaati imam (pemimpin) dalam ketaatan kepada Allah, tetapi tidak mentaatinya dalam maksiat kepada Allah. Kerana menurut sabda Rasulullahi sallahu ‘alaihi wa-sallam:
لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِى مَعْصِيَةِ الْخَالِق.
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Khalik (Allah Subhanahu wa-Ta’ala)”. (Lihat: As-Sailul Jarar)
Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, beliau membawakan yang sanadnya sampai kepada Ziyad bin Kusaib al- Adawi. Beliau berkata:
“Aku di samping Abu Bakrah, berada di bawah mimbar Ibnu Amir. Sementara itu Ibnu Amir sedang berkhutbah dengan mengenakan pakaian nipis. Maka Abu Bilal berkata: Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik! Lantas Abu Bakrah berkata: Diam kamu! Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa yang menghina (merendahkan) penguasa yang ditunjuk Allah di muka bumi, maka Allah akan menghinakannya”.[2]
Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah menjelaskan tata-cara menasihati seorang pemimpin sebagaimana yang dikatakan oleh Imam asy-Syaukani rahimahullah sampai pada perkataannya:
“…Sesungguhnya sesiapa yang menentang pemimpin dalam perkara yang bukan prinsip dalam agama dengan terang-terangan dan mengingkarinya di perkumpulan-perkumpulan masjid, tempat-tempat kajian dan sebagainya, itu semua sama sekali bukan tata-cara menasihati. Oleh kerana itu, jangan engkau tertipu dengan orang yang melakukannya, walaupun timbul dari niat yang baik. Hal ini menyalahi cara Salaf as-Soleh yang harus diikuti. Semoga Allah memberi hidayah padamu.” (Maqasidul Islam. Hlm. 395).
Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid bahawasanya beliau ditanya: “Mengapa engkau tidak menghadap Uthman untuk menasihatinya?” Maka jawab beliau:
“Apakah kamu berpendapat semua nasihatku kepadanya itu harus diperdengarkan kepada kamu? Demi Allah, sesungguhnya aku telah menasihatinya hanya antara aku dan dia! Dan aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membuka pintu (fitnah) ini.[3]
Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah mengomentari riwayat ini dengan ulasannya:
“Yang beliau (Usamah bin Zaid) maksudkan adalah (tidak melakukannya - pent.) terang-terangan di hadapan khalayak ramai dalam mengingkari pemerintah. Kerana pengingkaran terang-terangan boleh berakibat yang sangat membimbangkan, sebagaimana pengingkaran secara terang-terangan kepada Uthman mengakibatkan kematian beliau”.
Demikian metod Salaf as-Soleh dalam amar makruf nahi mungkar kepada pemerintah atau yang mempunyai kekuasaan. Dengan demikian batallah manhaj Khawarij, Hizbut Tahrir, JI dan Ikhwanul Muslimin yang mengatakan bahawa demonstrasi termasuk suatu cara untuk berdakwah, sebagaimana yang dianggap oleh Abdulrahman Abdulkhaliq dan yang sefahaman dengannya. Manhaj Khawarij menjadi salah satu sebab kejinya sifat orang-orang yang bertaklid kepada golongan ini. Sebagaimana dalam riwayat Said Bin Jahman radiallahu ‘anhu beliau berkata:
“Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, beliau matanya buta, aku mengucapkan salam. Beliau bertanya kepadaku: Siapa engkau? Said bin Jahman, jawabku. Beliau bertanya: Kenapa ayahmu? Aku katakan: Al-Azariqah telah membunuhnya. Beliau berkata: Semoga Allah melaknat al-Azariqah, semoga Allah melaknat al-Azariqah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka. Aku bertanya: (Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) al-Azariqah sahaja atau Khawarij semuanya? Aku katakan: Beliau menjawab: Ya, Khawarij semuanya! Aku katakan: Tetapi sesungguhnya pemerintah (telah) berbuat kezaliman kepada rakyatnya? Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a’dham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a’dham. Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan. Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya”.[4]
Masih banyak lagi hadis-hadis mengenai celaan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam terhadap khawarij sehingga dianggap sebagai anjing-anjing neraka, kerana kejinya perbuatan mereka sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Oleh kerana itu, bagi seorang muslim yang masih mempunyai akal yang sihat, tidak mungkin akan merelakan dirinya terjerumus ke jurang kenistaan seperti yang digambarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam (sebagai anjing neraka) kerana mengekori khawarij.
Maka wajib bagi kita apabila ingin menasihati pemerintah, hendaklah dengan uslub salaf sehingga mendatangkan akibat yang lebih baik dan tidak menimbulkan perpecahan antara rakyat dengan pihak pemerintah, kerana perpecahan akhirnya akan membawa kepada kerugian dikedua-dua belah pihak.
[1] . Lihat: Muamalatul Hukam Fi Dhaul Kitab Wa-Sunnah. Hlm. 54.
[2] . H/R Tirmizi. 2224.
[3] . H/R Bukhari.
[4] . H/R Ahmad.