Jalan Penyelesaian Dari Krisis
Pada situasi sekarang, masalah yang timbul bukan sahaja terjadi akibat dari satu aspek, misalnya ekonomi tetapi juga terjadi pada aspek dan sebab-sebab yang lain seperti sosial, politik sehinggalah kepada masalah keagamaan. Namun apapun krisis yang timbul ia tidak boleh sembuh secara total jika dibasmi dengan kebatilan tunjuk perasaan, walaupun yang menganjurkannya adalah pertubuhan yang di atas-namakan nama Islam seperti Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir atau sebagainya.
Munculnya di sesebuah negara pemimpin yang zalim antaranya berpunca dari perbuatan-perbuatan mungkar, seperti korupsi (rasuah), nepotisme atau sebagainya. Ia sering juga berpunca dari sikap dan tindakan rakyatnya terhadap pemerintah. Jika rakyat di sesebuah negara itu baik, nescaya Allah Subhanahu wa-Ta’ala akan menganugerahkan kepada mereka pemimpin yang baik dan bijaksana. Hal ini sudah dibuktikan oleh junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu ‘alahi wa-sallam dan para Khulafa ar-Rasyidin.
Adapun setiap situasi yang kacau bilau, maka jalan keluar dan penyelesaiannya bukanlah dengan tunjuk perasaan atau demonstrasi, tetapi dengan ilmu syariat, kerana darinya akan munsul umat yang beramar makruf dan nahi mungkar secara yang aman, tepat, adil dan benar. Pembinaan insan dengan penerapan ilmu yang hak dan bermanfaat dalam dimensi kehidupan, insya Allah akan melahirkan generasi-generasi yang penyayang, sabar, intelek, genius, berakal, berdaya maju dan berinovasi kerana berbekalkan ilmu pengetahuan.
Akhirnya diharapkan selepas mendapat penerangan ini setiap langkah yang ingin dilakukan terlebih dahulu diukur dan dinilai dengan piawaian ilmu syara yang hak. Dengan demikian akan musnah dan terhapuslah virus salahguna kuasa, korupsi dan virus-virus perosak yang lainnya yang disalahgunakan oleh golongan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab. Wallahu a’lam.