Sayid Qutub Dan Mohd. Asri Bin Zainal Abidin
Antara tokoh-tokh Ikhwanul Muslimin yang banyak bermain dengan falsafah dan teori-teori pemikiran (yang paling menonjol) ialah Sayid Qutub. Disebabkan kekeliruannya yang nyata terhadap sirah, maka beliau rahimahullah telah mencela Khalifah Uthman radiallahu ‘anhu (Moga-moga Allah memberi keuzuran dan mengampunkan segala kesilapannya). Kenyataan ini terbukti di dalam tulisannya. Sayid Qutub berkata tentang Khalifah Uthman radiallahu ‘anhu:
يصرف الأمور بكثير من الانحراف عن الاسلام
“Dia (Khalifah Uthman) mengurus urusan-urusan yang banyak menyimpang dari Islam”.[1]
Dalam kitab العواصم من القواصم oleh Abi Bakr Ibnu al-Arabi, hlm. 217 hingga ke hlm. 234, para pembaca yang budiman dapat menilai susunan kata-kata Sayid Qutub yang menggambarkan penghinaan yang keterlaluan terhadap Khalifah Uthman:
ونحن نميل الى اعتبار خلافة على رضي الله عنه ، امتدادا طبيعيا لخلافة اشيخين قبله.
“Kami lebih condong kepada sistem kekhalifahan Ali radiallahu ‘anhu sebagai mengambil alih secara tabi’ie dua Khalifah sebelumnya”.
Berdasarkan penjelasan di atas, maka nyatalah keyakinan seperti ini boleh diklasifikasikan sebagai keyakinan yang berbaur dengan elemen ideologi Syiah. Namun Sayid Qutub tidak boleh dihukum kafir di atas beberapa kesilapannya.
Pengekor Sayid Qutub (Farid Nu’man) dalam bukunya Al-Ikhwan al-Muslimun Anugerah Allah Yang Terzalimi membelanya dalam hal ini dengan alasan dan istilah “Kebarangkalian”. Beliau berkata: “Barangkali seandainya Allah SWT memberikan umur yang panjang, ia akan merevisinya seperti yang sudah-sudah”.[2] Tidak boleh membela kebenaran dengan andaian atau kebarangkalian. Perlu ilmiyah dan berlaku adil apabila mempertahankan kebenaran, bukan main tangkap muat atau syok sendiri.
Selain mencela Uthman, maka antara kesalahan Sayid Qutub ialah mengkafirkan umat melalui kata-katanya:
إنه ليس على وجه الأرض اليوم دولة مسلمة ولا مجتمع مسلم.
“Bahawasanya pada hari ini tidak terdapat di permukaan bumi sebuah negara Islam, tidak pula sebuah masyarakat Islam”. [3]
فقد ارتدت البشرية الى عبادة العباد والى جور الأديان ونكصت عن لااله إلا الله وإن ظل فريق منها يردد على المآذن (لااله الا الله)
“Telah murtad manusia kepada penyembahan hamba (makhluk) dan merosakkan agama serta keluar dari Laa ilaha illallah, sekalipun sebahagian dari mereka masih mengumandangkan dengan mengualang-ulangi pada azan kalimah (Laa ilaha illallah)”.[4]
Inilah bentuk takfir (menghukum orang lain kafir) dan menghukum murtad kepada orang Islam yang di luar kelompoknya. Inilah juga antara ciri-ciri doktrin dan fahaman Khawarij tulin, iaitu mudah mengkafirkan orang yang tidak menerima fahamannya. Sayid Qutub mentahrif (merubah makna) dan mentakwil nas-nas al-Quran sehingga diertikan bahawa al-Quran itu makhluk bukan Kalamullah. Beliau berkata:
ولكنهم لايملكون ان يؤلفوا من هذه مثل هذا الكتاب ، لأنه من صنع الله.
“Dan sesungguhnya mereka (manusia) itu tidak akan berdaya mengarang satu hurufpun yang menyerupai al-Kitab ini, kerana sesungguhnya ia adalah salah satu dari ciptaan Allah”.[5]
وَهَذا الحرف (ص) من صنعة الله تعالى.
“Dan huruf ini (Saad) adalah salah satu ciptaan Allah Ta’ala”.[6]
Melalui penafsiran dua ayat di atas menunjukkan bahawa Sayid Qutub meyakini bahawa al-Quran itu adalah صنع الله ciptaan Allah (makhluk), bukan Kalamullah. Keyakinan ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Berkata Imam al-Barbahari:
“Dan bahawasanya al-Quran itu Kalamullah yang diturunkanNya dan bukanlah makhluk”.[7]
Berkata Imam Abu Ja’far at-Tahawi rahimahullah:
“Bahawasanya al-Quran itu adalah Kalamullah”.[8]
Berkata Imam Ibnu Abi al-Izz al-Hambali rahimahullah:
“Maka (sepakat) seluruhnya para imam mazhab yang empat dan orang-orang Salaf dan Khalaf, mereka bersepakat bahawasanya al-Quran adalah Kalamullah bukan makhluk”.[9]
Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah:
“Kami mengatakan bahawa Kalamullah bukanlah makhluk dan sesiapa mengatakan al-Quran itu makhluk maka ia telah kafir”.[10]
Inilah sebahagian dari bid’ah-bid’ah yang terdapat di dalam kitab tulisan Sayid Qutub dan para tokoh Ikhwanul Muslimin yang begitu banyak, namun para pentaqlidnya yang fanatik sesak nafas apabila bid’ah-bid’ah Tok Syeikhnya dibetulkan atau diberi teguran.
Di Malaysia pula, Mohd. Asri pengekor, pembela dan penegak teori penafsiran Sayid Qutub yang tulin. Beliau (secara tidak langsung) membantah dengan sekeras-kerasnya penjelasan Syeikh Abdullah bin Muhammad ad-Duwais, Syeikh Dr. Yahya an-Najmi, Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan, Syeikh Dr. Rabi’ Bin Hadi al-Madkhali, Syeikh Salim Hilali, Syeikh al-Uthaimin, Syeikh Ayyid asy-Syamari dan ramai lagi (akan dibuktikan kenyataan ini dengan mengemukakan kitab rujukan secara amanah, insya Allah) yang memfatwakan bahawa tafsiran Sayid Qutub membawa kepada maksud (pengertian) Wahdatul Wujud dan keyakinan bahawa al-Quran itu makhluk bukan Kalamullah. Kedua-dua bentuk akidah ini adalah sesat dan menyesatkan dan ditakuti pula sesiapa yang mempertahankannya dengan tulisan atau ucapannya akan terkena peringatan yang terdapat pada ayat:
وَلَقَدْ قَالُوْا كَلِمَةَ الْكُفْرِ
“Dan mereka telah mengatakan kalimat yang kufur”.[11]
Apakah Mohd. Asri lebih hebat dari para masyeikh (syeikh-syeikh) yang tertera nama mereka di atas ini sehingga menolak dengan kesombongannya fatwa para syeikh tersebut? Mohd. Asri hendaklah berlaku adil “kerana adil itu lebih mendekatkan diri kepada Allah”.[12] Mudah-mudahan Allah memberinya hidayah.
Muhammad Qutub Berkata Tentang Jamaah
Dia juga seorang penggerak serta tokoh Ikhwanul Muslimin. Di dalam tulisannya Muhammad Qutub[13] menegaskan bahawa tidak ada lagi jamaah yang boleh diikuti kecuali Jamaah Ikhwanul Muslimin. Oleh kerana pendiriannya yang terlalu fanatik kepada jamaahnya beliau berkata:
ولم تكن هناك فى الساحة جماعات اخرى غير تلك الجماعة
“Dan tidak ada lagi ruang jamaah-jamaah lain kecuali jamaah ini (Ikhwanul Muslimin)”.[14]
تمثل الصحوة الاسلام التى اشرق نورها فى العالم الاسلامي اكبر حدث انساني فى القرن العشرين.
“Munculnya kebangkitan Islam (dimaksudkan gerakan jamaah Ikhwan) yang seharusnya menyinari dunia Islam merupakan peristiwa besar dalam sejarah kebangkitan insani dikurun dua puluh”.[15]
وجاء ت حركة الامام الشهيد والأمة على هذا النحو من الغفلة – الا من رحم ربك.
“Telah datang gerakan Imam as-syahid dan umat (jamaah) dalam keadaan begitu lalai (dimaksudkan kafir atau jahiliyah. Pent.) kecuali yang dirahmati Tuhanmu”.[16]
Ungkapan kata-kata Muhammad Qutub ini boleh menjejaskan akidah pemuda Islam yang tidak memahami pengertian “al-Jamaah” kerana jamaahnya Ikhwanul Muslimin masih dicemari dengan berbagai-bagai bid’ah dan kebatilan.
Adapun maksud dan pengertian “al-Jamaah” yang sebenar telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam sabda baginda:
وَالَّذِيْ نَفْسِ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ ، لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحَدَةً فِى الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِى النَّارِ . قِيْلَ مَنْ هُمْ ؟ قَالَ : اَلْجَمَاعَةُ.
“Demi diri Muhammad yang berada ditanganNya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka! Baginda ditanya: Siapa mereka (yang ke syurga)? Baginda menjawab: al-Jamaah”. [17]
Antara ciri-ciri “al-Jamaah” ialah yang menyerupai jamaahnya para sahabat radiallahu ‘anhum sebagaimana yang disabdakan oleh baginda:
مَا أنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَاَصْحَابِيْ
“(al-Jamaah) ialah yang menyerupai aku sekarang dan menyerupai jamaah para sahabatku”.[18]
Kata-kata Muhammad Qutub di atas ini tidak ada jaminannya dari dalil-dalil syara. Kerana tidak ada nas yang memastikan akan selamatnya Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dari berbagai kesilapan dan kesalahan yang berkaitan dengan akidah. Maka jamaah yang selamat adalah “al-Jamaah” yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, bukan jamaah Ikhwanul Muslimin, jamaah Hizbu Tahrir dan yang semodel dengan mereka secara khusus dan mutlak. Allahu wa’lam.
[1] . Lihat: al-‘Adalahtul Ijtimaiyah fil Islam. Hlm. 214.
[2] . Lihat: al-Ikhwan al-Muslimun Anugerah Allah Yang Terzalimi. Hlm. 231.
[3] . Lihat: Fii Zilalil Quran. 1V/2122.
[4] . Lihat: Fii Zilalil Quran. 11/1057.
[5] . Lihat: Fii Zilalil Quran, V/2719.
[6] . Lihat: Fii Zilalil Quran, V/3006
[7] . Lihat: Syarah Sunnah, hlm 4. Matan 10.
[8] . Lihat : Syarah Akidah Tahawiyah, 1/172.
[9] . Lihat: Syarah Akidah Tahawiyah, 1/185.
[10] . Al-Ibanah an Usulid Dianah. Hlm. 12.
[11] . at-Taubah. 9:74.
[12] . al-Maidah. 5:8.
[13] . Penulis (Rasul bin Dahri) sempat mengikuti kuliah-kuliahnya semasa menuntut
di Universiti Ummul Qura, Mekah, Arab Saudi.
[14] . Lihat: as-Syahwah Islamiyah. Hlm 96.
[15] . Ibid.
[16] . Ibid.
[17] . H/R Ibn Majah 2/1322. Disahihkan oleh al-Haitami dalam az-Zawaid.
Disahihkan juga oleh al-Iraqi dalam Talkhis al-Ihya.
[18] . Lihat: Tuhfatul Ahhwazi 7/399-340. Berkata Imam at-Tirmizi: Hadis hasan
dan gharib.