Monday

10- Fitnah Yang Dicetuskan Oleh Abdullah Bin Saba’

Fitnah Yang Dicetuskan Oleh Abdullah Bin Saba’

Abdullah bin Saba’ adalah seorang munafik berbangsa Yahudi. Beliau menyelinap ke dalam masyarakat Islam dan melahirkan keIslamannya kemudian menyembunyikan kekafirannya kerana bertujuan untuk mencetuskan berbagai-bagai makr (penipuan), talbis (perangkap), tadlis (pembohongan) dan fitnah demi untuk menghancurkan Islam dari dasar akidah dan syariatnya.

Antara fitnah-fitnah dan diayah keji yang telah ditabur oleh Abdullah bin Saba’ ialah:

1. Mendiayahkan bahawa Ali bin Abi Talib telah menerima wasiat sebagai Khalifah Rasulullah
[1].

2. Mendakwa bahawa Ali bin Abi Talib pencipta segala makhluk dan pemberi rezeki.
[2]

3. Mencipta pembohongan bahawa Ali bin Abi Talib tidak mati, dia tetap hidup di awang-awangan. Petir adalah pekikan Ali ketika marah dan kilat adalah cemeti Ali.
[3]

4. Menuduh Abu Bakr, Umar bin Khattab dan Uthman bin Affan radiallahu ‘anhum sebagai orang-orang zalim (kafir) kerana merampas hak khalifah Ali setelah wafatnya Rasulullah. Dan semua umat yang membaiah khalifah diketika itu adalah kafir.
[4]

5. Para roh suci atau roh al-Qudus berinkarnasi ke dalam diri para Imam Syiah.
[5]

Para pembaca sewajarnya berusaha membaca buku-buku tulisan para ulama Ahli Sunnah (antaranya) seperti buku-buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Ihsan Ilahi Zahiri. Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mendedahkan semua rahsia penipuan, pembohongan dan bahayanya gerakan Syiah. Rancangan kotor dan jahat mereka bermula sejak diwujudkan gerakan Syiah. Mereka telah merancang untuk menghapuskan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Pendedahan dan pembongkaran tentang batil dan bahayanya fahaman Syiah juga telah diusahakan oleh Prof. Dr. Ihsan Ilahi Zahiri di dalam buku “Asy-Syiah wa-Ahlul Bait”
[6]. Awas dan berjaga-jagalah terhadap Syiah dan gerakannya kerana dipenuhi oleh perangkap syaitan.



[1] . Lihat: Firaq asy-Syiah. Hlm. 44. an-Naubakhti.
[2] . Lihat: Tahzib at-Tarikh ad-Dimsyaki. Juz 7. hlm. 430.
[3] . Lihat: al-Faraq Baina al-Firaq. Hlm. 234. al-Baghdadi.
[4] . Firaq asy-Syiah. Hlm. 44. an-Naubakhti.
[5] . Lihat: al-Bad’u wat-Tarikh. 5/129.
[6] . Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan tajuk
“Syiah Berbohong Atas Nama Ahlul Bait”. Alihbahasa Bey Arifin &
Mu’ammal Hamidi. Terbitan PT. BINA ILMU. Surabaya.