Demonstrasi
Bahang dan semangat untuk berdemonstrasi atau mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah atau memprotes sesebuah kerajaan khusunya termasuklah di negara-negara Islam, sentiasa marak kerana kebanyakan mereka yang suka berdemonstrasi adalah individu-individu atau kumpulan yang jahil tentang hukum-hukum Syarie. Sebahagian mereka mengatakan:
“Aksi tunjuk perasaan tidak dilarang kerana telah dipelopori oleh individu Islam dan para ulamanya. Ada pula yang mengomentar: Tidak mungkin adanya bahang semangat untuk berdemonstrasi kecuali ada yang menghasut. Pendapat yang lain pula mengatakan: Demonstrasi ini adalah luahan hati nurani rakyat”.
Demikianlah beberapa komentar para pemerhati tentang demonstrasi yang terjadi dihampir semua negara termasuk negara-negara Islam. Sebahagian mereka menentangnya dan menganggap demonstrasi ini sebagai kemungkaran yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu. Sebahagian yang lain pula mendukung mati-matian dan menganggapnya sebagai jihad menentang kemungkaran dan kezaliman sesebuah pemerintah atau kerajaan.
Apapun yang menjadi alasan mereka, demonstrasi menurut hukum syara adalah perbuatan yang telah diharamkan, sememangnya ditegah oleh para ulama yang berpegang dengan pegangan manhaj Salaful Ummah atau yang bermanhaj dengan manhaj Salaf as-Soleh, kerana demonstrasi ternyata tidak pernah terbukti mendatangkan apa pun kebaikan kepada daulah atau ummah.
Demonstrasi Pertama Dalam Sejarah Islam
Berlakunya kejadian sehingga terbunuhnya Uthman bin ‘Affan radiallahu ‘anhu dan tercetusnya pemikiran Khawarij sangat erat hubungannya dengan demonstrasi. Kronologis kisah terbunuhnya Uthman radiallahu ‘anhu adalah bermula dari isu-isu tentang fitnah yang dilontarkan kepada Khalifah Uthman yang disebarkan oleh seorang pendita Yahudi Abdullah bin Saba’ di kalangan kaum muslimin.
Abdullah bin Saba’ berpura-pura masuk Islam (secara nifak). Sedangkan kita telah sedia maklum bagaimana sikap Si Munafik terutama yang dirancang oleh Yahudi untuk membinasakan Islam, akidah dan syariatnya. Allah telah mengkhabarkan tentang kejahatan dan rancangan Yahudi terhadap umat Islam dari dahulu sehinggalah kehari ini dan hari kemudian. Allah ‘Azza wa-Jalla menjelaskan dengan firmanNya:
لَتَجِدَنَّ اَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِيْنَ آمَنُوا الْيَهُوْدُ وَالَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا
“Nescaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.”[1]
Permusuhan dan rancangan jahat orang-orang Yahudi terhadap kaum muslimin bermula sejak berkembangnya Islam di Madinah, seperti mengkhianati beberapa perjanjian mereka yang dimeterai dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, merendahkan kaum muslimin, mencerca ajaran Islam dan banyak lagi makar-makar (tipu helah) busuk mereka. Namun setelah Islam kuat, tersingkirlah mereka dari Madinah.[2]
Pada zaman Abu Bakar dan Umar radiallahu ‘anhuma, suara orang-orang Yahudi hampir hilang, bahkan Umar mengusir mereka dari Jazirah Arab sebagai merealisasikan perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-salam yang pernah bersabda:
لاُخْرِجَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى مِنْ جَزِيْرَةِ الْعَرَبِ حَتَّى لاَ اَدَعَ فِيْهَا اِلاَّ مُسْلِمًا.
“Sungguh akan aku keluarkan orang-orang Yahudi dan Nasara dari Jazirah Arab sampai aku tidak sisakan padanya kecuali orang muslim. Juga sabda baginda: “keluarkanlah orang-orang musyrikin dari Jazirah Arab!”.[3]
Ditahun-tahun terakhir kekhalifahan Uthman radiallahu ‘anhu, diwaktu kondisi masyarakat mulai heterogen (kemasukan berbagai bangsa), banyak mualaf dan orang awam yang masih belum mendalam keimanan dan ilmunya, maka orang-orang Yahudi mula mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah. Mereka berpenampilan sebagai muslim (tetapi secara nifak), antara mereka adalah Abdullah bin Saba’ yang diberi julukan Ibnu Sauda.
Abdullah bin Saba’ berasal dari San’a. Dialah yang menaburkan benih-benih fitnah di kalangan kaum muslimin agar mereka iri hati dan benci kepada Uthman radiallahu ‘anhu. Sedangkan inti dari apa yang dia bawa adalah pemikiran-pemikiran peribadinya yang bernafaskan Yahudi. Contohnya adalah kiasnya yang batil tentang kewalian Ali radiallahu ‘anhu agar kaum muslimin membenci dan menyingkirkan Khalifah Uthman. Dia berkata:
“Sesungguhnya telah ada seribu nabi dan setiap nabi mempunyai wali (pengganti atau khalifah). Sedangkan Ali adalah walinya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Kemudian dia berkata dan terus menabur fitnah:
“Muhammad adalah penutup para nabi sedangkan Ali adalah penutup para wali.”
Tatkala tertanam pemikiran ini dalam jiwa para pengikutnya, mulailah dia menerapkan tujuan utamanya iaitu melakukan pemberontakan terhadap Khalifah Uthman bin ‘Affan. Maka dia melemparkan pernyataan pada masyarakat yang berupa hasutan untuk menumbangkan Khalifah Uthman, menimbulkan huru-hara dan akhirnya menimbulkan pemberontakan terhadap pemerintah. Antara pembohongan Abdullah bin Saba’ ialah:
“Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang tidak layak mendapatkan wasiat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam (kewalian rasul), kemudian dia melampaui wali Rasulullah (iaitu Ali) dan merampas urusan umat (pemerintahan)!”
Setelah itu dia (Abdullah bin Saba’) terus mengeluarkan pembohongan (fitnah):
“Sesungguhnya Uthman mengambil kewalian (pemerintahan atau kekhalifahan) yang bukan haknya, sedang wali Rasulullah ini (Ali) ada (di kalangan kamu). Maka bangkitlah kamu dan bergeraklah. Mulailah untuk mencerca pegawai kamu, nampakkan amar makruf nahi mungkar. Nescaya manusia serentak bangun dan ajaklah mereka kepada perkara ini”.[4]
Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah ini sama modelnya dengan amar makruf menurut Khawarij, iaitu keluar dari pemerintahan kemudian memberontak, membesar-besarkan dan memperingatkan kaum muslimin tentang kesalahan pemerintahan di atas mimbar-mimbar, forum-forum awam dan menganjurkan demonstrasi-demonstrasi dengan beralasan demi amar makruf nahi mungkar yang semuanya ini mengakibatkan timbulnya fitnah. Masalah pun bukan semakin reda, bahkan tambah menyala-nyala. Fakta sejarah telah membuktikan hal ini. Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah dan Khawarij ini mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Uthman bin ‘Affan radiallahu ‘anhu. Peperangan sesama kaum muslimin dan terbukanya pintu fitnah berterusan dari zaman Khalifah Uthman sampai kezaman kekhalifahan Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu. Lihat: Tahqiq Mawaqif ash-Syahabati fil Fitnati min Riwayat al-Imam ath-Thabari wal Muhaddisin juz 2 hal 342.
Sebenarnya amar makruf nahi mungkar yang mereka gembar-gemburkan hanyalah sebagai label dan perisai belaka tiada keikhlasan padanya. Buktinya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah bersabda kepada Uthman:
“Hai Uthman, nanti sepeninggalanku Allah akan memakaikan pakaian padamu! Jika orang-orang ingin mencelakakanmu pada waktu malam (diriwayat lain): Orang-orang munafik ingin melepaskannya, maka jangan engkau lepaskan. Beliau mengucapkannya tiga kali”.[5]
Syeikh Muhammad berkomentar:
“Hadis ini menunjukkan dengan jelas bahawa orang Khawarij tidaklah menuntut keadilan dan kebenaran, akan tetapi mereka adalah kaum yang dihinggapi penyakit nifak sehingga mereka bersembunyi di balik tabir syiar perdamaian dan amar makruf nahi mungkar. Tidak diketahui disatu zaman pun adanya suatu jamaah atau kelompok yang lebih berbahaya bagi agama Islam dan kaum muslimin daripada orang-orang munafik.”
Inilah hakikat amar makruf nahi mungkar kaum Sabaiyah dan Khawarij. Alangkah serupanya kejadian dahulu dan sekarang. Dizaman ini ternyata ada Khawarij gaya baru, iaitu orang-orang yang mewarisi pemikiran dan fahaman Khawarij dalam pergerakan dan perjuangan mereka. Mereka menjadikan demonstrasi atau tunjuk perasaan sebagai alat dan metod untuk berdakwah serta jihad.
Di antara tokoh-tokoh mereka diabad ini ialah Abdulrahman Abdulkhaliq. Pengikut dan yang sefahaman dengannya adalah seorang penulis yang mengatakan (dalam bukunya al-Fusul Minas Siyasah asy-Syariyah):
“Termasuklah metod atau cara Nabi salallahu ‘alaihi wa-sallam dalam berdakwah adalah demonstrasi atau tunjuk perasaan.”
Inilah kata-kata atau kenyataan yang berbohong atas nama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Sebelum membongkar kebatilan di dalam ucapan yang diucapkan oleh Abdulrahman Abdulkhaliq dan kesesatan manhaj Khawarij yang dipertahankannya dalam beramar makruf nahi mungkar kepada pemerintah, marilah kita pelajari dan fahami manhaj Salaf as-Soleh dalam perkara ini:
[1] . al-Maidah. 82.
[2] . Lihat: Sirah Ibnu Hisyam 3/191-199.
[3] . H/R Bukhari
[4] . Lihat: Tarikh ar-Rasul. 4/340 at-Thabari melalui Mawaqif.
[5] . H/R Ahmad dalam Musnad 6/75. Tirmizi dalam sunan. Disahihkan
oleh al- Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi.