Monday

57 - Abul A’la Al-Maududi

Abul A’la Al-Maududi

Abul A’la al-Maududi semoga Allah merahmati dan mengampunkan dosanya adalah pengasas Jamaah al-Islami Pakistan kelahiran Ikhwanul Muslimin, seorang yang berbau Rafidi (Syiah) namun berselindung dengan selimut sunnah.
[1] Keyakinan beliau sebagai Rafidi dapat dibaca di dalam kitab-kitab atau makalah-makalah tulisannya. Sebagai bukti beliau sering menghina para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam terutama di dalam bukunya “al-Khilafah wal-Mulk”, malah tidak terlepas dalam penghinaannya terhadap para Nabi Allah dan RasulNya.[2] Penghinaannya terhadap Rasulullah terdapat di dalam tulisannya. Beliau menuduh:

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa-Ta’ala memerintahkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di surah an-Nasr agar meminta pengampunan kepada Tuhannya terhadap apa yang dilakukan dalam menunaikan kewajipan-kewajipan sebagai Nabi kerana terdapat beberapa ketidaksempurnaan dan kekurangan”.
[3]

Bagaimana beliau berani mempertikaikan seorang nabi dan rasul utusan serta tergamak menuduh Rasulullah dengan tuduhan: ketidaksempurnaan dan kekurangan? Apakah Allah ‘Azza wa-Jalla mengutus seorang utusan yang tidak sempurna dan ada kekurangan? Pastinya mustahil kerana setiap nabi bersifat maksum. Tanda orang beriman ialah menolak tuduhan liar ini.
Hampir tidak ada kitab atau makalah tulisan al-Maududi yang terkecuali (terlepas) dari menghina para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, khususnya Muawiyah radiallahu ‘anhum ajma’in. Telah tercatit di dalam kitab beliau
[4] kata-kata yang keji dilontarkan ke atas para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam antaranya Abu Bakr, Umar, Uthman, Muawiyah dan Ummul Mukminin ‘Aisyah dan Hafsah radiallahu ‘anhum ajma’in.[5] Inilah antara bukti-bukti dan ciri-ciri fahaman dan akidah Rafidah - Syiah yang terpacak di benak al-Maududi. Penjelasan ini diakui oleh ketua pengarah majalah “as-Syiah”:

“Telah membantah ustaz kita al-Maududi dengan bantahan yang keras terhadap Khalifah yang tiga (Abu Bakar, Umar dan Uthman) serta Muawiyah”.
[6]

Beliau telah menyelewengkan tafsiran ayat:

قَالَ اجْعَلْنِيْ عَلَى خَزَآئِنِ اْلاَرْضِ

“Berkata Yusuf: Jadikanlah aku bendaharawan bumi (negeri Mesir)”.
[7]

Menurut penafsiran al-Maududi ialah:

“Sesungguhnya ini tidak menunjukkan permintaan Syaidina Yusuf ‘alaihi salam untuk menjawat sebagai menteri semata tetapi sesungguhnya ia berupa permintaan untuk menjadi diktator, oleh yang demikian kedudukan baginda benar-benar menyerupai kedudukan Musolini sekarang ini di Itali”.
[8]

Apakah dapat diterima apabila Abul A’la al-Maududi menyamakan kedudukan Nabi Yusuf ‘alaihis salam seperti seorang kafir diktator Musolini yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya? Ini adalah suatu penghinaan dan cemuhan terhadap seorang Nabi pilihan Allah ‘Azza wa-Jalla yang Allah muliakan di dunia dan di akhirat..

Abul A’la al-Maududi telah menyalahi manhaj Salaf as-Soleh dalam menjalankan dakwah Islamiyah dan manhaj nabawiyah dalam mempertahankan kebenaran, kerana manhaj dan agama para nabi adalah satu dan manhaj adalah sama sebagaimana firman Allah:
لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِن رُّسُلِهِ

“Kami tidak membeza-bezakan antara para rasul”.
[9]

Para nabi, para rasul utusan Allah ‘Azza wa-Jalla, para ulama serta para da’i-da’i Salaf as-Soleh kesemua mereka mengutama dan mendahulukan ittiba’ kepada para nabi dan rasul dalam berdakwah kepada akidah tauhid dan keimanan dalam menegakkan agama Allah, tetapi seruan dakwah al-Maududi lebih mengutamakan jamaah, imamah atau mendirikan daulah sehingga mengenepikan keutamaan dakwah tauhid. Begitulah model dan uslub berdakwah tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang lainnya. Abul A’la al-Maududi berkali-kali menegaskan di dalam seruan dan tulisan-tulisannya:

غاية الدين الحقيقة : إقامة نظام الإمامة الصالحة الراشدة

“Tujuan agama yang sebenar: Mendirikan sistem keimaman yang baik dan bijaksana”.
[10]

Dalam mendukung gerakan Syiah, walaupun amat membahayakan Ahli Sunnah wal-Jamaah, al-Maududi sefahaman dan sejalan dengan para tokoh dan pentaklid Ikhwanul Muslimin yang lainnya. Beliau menyeru agar umat Islam menyokong dan bersatu dengan Syiah kerana beliau menganggap Syiah adalah orang-orang Islam sebagaimana Islamnya Ahli Sunnah wal-Jamaah. Beliau berkata:

وَثَوْرَةُ الْخُمَيْنِي ثَوْرَةٌ اِسْلاَمِيَّةٌ ، وَالْقَائِمُوْنَ عَلَيْهَا هُمْ جَمَاعَةٌ اِسْلاَمِيِّة.

“Revolusi Khomeini adalah revolusi Islam, orang-orang yang menegakkannya mereka adalah Jamaah Islamiyah”.
[11]

Beliau berkata lagi:

وَعَلَى جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَة ، وَالْحَرَِكَةِ اْلاِسْلاَمِيَّة خَاصَة ، اَنْ تُؤَيِّدَ هَذِهِ الثَّوْرَة كُلَّ التَّاْيِيْد ، وَتَتَعَاوَنُ مَعَهَا فِى جَمِيْعِ الْمَجَالاَت.
“Atas semua Muslimin secara umum dan pergerakan Islamiyah secara khusus, hendaklah membantu revolusi ini sedaya mungkin. Bertolong-tolongan bersamanya dalam setiap perkara”.
[12]

Begitulah sikap dan pendirian tokoh Ikhwanul Muslimin dari Pakistan ini. Mencabuli agama Allah ‘Azza wa-Jalla dengan akal dan hawa nafsunya.

Abul ‘Ala Al-Maududi telah menghabiskan sebahagian besar umurnya berkhidmat kepada Islam. Beliau juga terkenal sebagai pendokong perjuangan dan suara lantang Ikhwanul Muslimin yang mewakili India dan Pakistan semoga Allah merahmatinya. Malangnya, terdapat sisipan di dalam tulisan beliau kata-kata yang bukan sahaja mengkritik para nabi, rasul dan para sahabat sebagaimana yang telah dijelaskan di tulisan sebelumnya, malah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga tersenarai di dalam penghinaan beliau. Buktinya dengan berani beliau menulis:

“Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyangka tentang keluarnya dajjal pada zaman baginda atau dizaman yang dekat dengannya. Malangnya sangkaan ini sejak tahun 1350 yang lalu setelah abad yang panjang dajjal masih tidak keluar. Maka Jelaslah apa yang baginda sangkakan itu tidak benar”.
[13].
Dalam buku yang sama cetakan 1362H. Maududi membuat penambahan untuk membuktikan kebenaran tuduhannya bahawa Nabi Muhammad tidak benar:

“Seribu tahun telah berlalu namun dajjal masih tidak keluar maka inilah kenyataannya (baginda tidak benar)”.

Seterusnya Maududi berkata:

“Semua khabar dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang dajjal, kesemuanya berpandukan akal dan kiasan baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam semata. Baginda tidak tepat (ragu) dalam persoalan ini”. (Lihat: Hlm. 55).

Mengikut teks dan secara zahir, tulisan Abul A’la al-Maududi sebagaimana yang tertera di atas sangat bertentangan dengan syara (mudah-mudahan ia suatu kesilapan yang tidak dirancangnya). Kalimah “berpandukan akal dan kiasan baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam semata” adalah bertentangan dengan firman Allah:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ بُوْحَى

“Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”.
[14]

Iktikad orang-orang yang beriman berkeyakinan bahawa setiap yang diucapkan oleh Nabi Miuhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah wahyu yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak akan salah dan silap, tetapi kenyataan Abul ‘Ala al-Maududi sebaliknya.

Walau bagiamanpun apa yang tersemat di hati Abul ‘Ala al-Maududi semuanya itu sewajarnya dikembalikan kepada Allah dan bukan hak kita untuk mengkafirkan atau menghukum beliau, namun bagi yang berakal, kenyataan beliau itu wajib ditolak. Ya Allah, ampunkanlah dosa dan kesilapannya!


[1] . Lihat: Dakwahtul Ikhwanul Muslimin Fi Mizanil Islam hlm. 84. Farid Ahmad
[2]. Lihat: Dakwahtul Ikhwanul Muslimin Fi Mizanil Islam hlm. 84 Farid Ahmad
[3]. Ibid. Lihat: Mustalahat al-Quran al-Asasiyah al-Arba’ah. Hlm. 156.
[4] . Lihat: al-Khalifah al-Mulk.
[5]. Ibid.
[6]. Lihat: Majalah as-Syiah Lahur 1-8 Oktobar 1979 Lihat: Syakiqain hlm 40
[7]. Yusuf. 12:55.
[8]. Lihat: تفهيمات Hlm 12. al-Maududi
[9] . al-Baqarah. 2:285.
[10] . Lihat: الاساس الاقلاقية Hlm. 220 al-Maududi.
[11] . Lihat: الشقيقان المودودي والخميني Hlm. 3.
[12] . Ibid.
[13] . Lihat: Rasail wa-Masail. Hlm.57. cetakan 1351H
[14] . an-Najm. 53:3.