Melaksanakan Hukum Allah
Pemahaman Hizbi Haraki penggerak Khawarij, Muktazilah dan Ikhwaniyun, amat berbeza dengan pemahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaful Ummah tentang kewajipan melaksanakan hukum Allah. Menurut manhaj Salaf, kewajipan menegakkan hukum ahkam berlaku dan dipikul oleh semua peringkat menurut kemampuan dan pengkhususan yang telah ditetapkan oleh syara, sama ada kewajipan berupa fardu ‘ain atau kifayah yang dipertanggungjawabkan kepada individu, jamaah atau pemerintah iaitu berdasarkan hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
اَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ ، فَاْلاِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ ، وَالْمَرْاَةُ رَاعِيَةٌ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا وَهِيَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَاعِيَّتِهَا ، وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ.
“Ketahuilah, sesungguhnya setiap kamu adalah penanggungjawab, setiap kamu dipersoalkan (ditanya oleh Allah) tentang apa yang menjadi tanggungjawabnya! Seorang Imam (pemimpin) adalah penanggungjawab, ia akan ditanya tentang apa yang menjadi tanggungjawabnya, seorang lelaki adalah penanggungjawab, ia akan ditanya tentang apa yang menjadi tanggungjawabnya. Seorang perempuan adalah penanggungjawab dalam rumah suaminya, ia akan ditanya tentang apa yang menjadi tanggungjawabnya. Seorang khadam (pekerja/kuli) adalah penanggungjawab terhadap harta majikannya, ia akan ditanya tentang apa yang menjadi tanggungjawabnya”.[1]
Melalui hadis ini dapat difahami, bahawa setiap mukmin sewajarnya tahu tentang kewajipan mereka untuk menegakkan hukum Allah ‘Azza wa-Jalla. Ia tertimpa kepada semua umat Islam, bukan hanya ditanggung oleh pemerintah, pemimpin atau individu tertentu sahaja.
[1] . Hadis Muttafaq ‘Alaihi.