Monday

60 - Takfir (Pengkafiran) Adalah Syiar Khawarij

Takfir (Pengkafiran) Adalah Syiar Khawarij

Di sepanjang sejarah Islam, Khawarij dikenali sebagai golongan yang mudah menghukum kafir (takfir) terhadap sesiapa sahaja yang menyalahi mazhab mereka, sehingga berani mengkafirkan manusia pilihan iaitu Uthman dan Ali radiallahu ‘anhuma serta para sahabat yang lain kerana dituduh bertahkim kepada selain yang diturunkan oleh Allah.

Antara punca para sahabat dikafirkan oleh kelompok Khawarij ialah tidak mengikut jejak mereka dalam menghukum sesat dan mengkafirkan Khalifah Ali. Awas, semua ciri-ciri Khawarij di atas ini terdapat dalam kelompok Ikhwanul Muslimin dan Hizbut Tahrir serta golongan yang sefahaman dengan mereka!

Ibn Taimiyah pernah menjelaskan tanda-tanda Khawarij:

“Dasar penekanan Khawarij ialah mengkafirkan seseorang lantaran ia berdosa, padahal berdosa tidak menyebabkan seseorang menjadi kafir. Prinsip mereka kembali kepada al-Quran tetapi tidak kepada sunnah, yang disangka menyalahi zahir al-Quran sekalipun sunnah yang mutawatir. Khawarij mengkafirkan dan menghalalkan darah serta segala apa yang ada pada orang Islam yang menentang mereka, tetapi tidak mengharamkan darah orang yang kafir”.

Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa-sallam bersabda:


يَقْتُلُوْنَ اَهْلَ اْلاِسْلاَمَ وَيَدعُوْنَ اَهْلَ اْلاَوْثِانِ.

“Mereka (Khawarij) membunuh (memerangi) ahlul Islam, tetapi membiarkan para penyembah berhala”.[1]


عَنِ اْلاِمَامِ أَيُّوْب السَّخْتِيَانِيْ رَحِمَهُ الله اَنَّهُ كَانَ يَقُوْلُ : أَهْلُ اْلاَهْوَاء كُلُّهُمْ خَوَارِج . وَيَقُوْلُ : اِنَّ الْخَوَارِجَ اخْتَلَفُوْا فِى الاِسْمِ ، وَاجْتَمَعُوْا عَلَى السَيْفِ.



“Dari Imam Abu Ayyub Assakhtiani rahimahullah sesungguhnya dia pernah berkata: Pemuja hawa nafsu semua terdapat pada Khawarij. Dan dia berkata: Sesungguhnya Khawarij berbeza-beza pada nama, mereka bersatu dalam pedang (bersatu memusuhi orang yang di luar kelompok dan dibencinya)”.[2]


[1] . H/R Bukhari. No. 3644. Musl;im No. 1064. Lihat: Sahih al-Jami’ No. 2227.
Nasruddin al-Albani.
[2] . Riwayatkan oleh al-Lalakaii. Dalam Syarah as-Sunnah.