Kepada Siapa Kita Wajib Berbara’?
Setiap mukmin wajib bersikap bara’ (berlepas diri atau tidak mencintai) kepada setiap orang kafir, murtad, mulhid, munafik, ahli bid’ah dan ahli ahwa yang telah jelas tanda-tanda penyelewengannya mengikut piawaian syara. Pertubuhan Ikhwanul Muslimin, para pemimpin, para tokoh, anggota dan para pengekornya, mereka masih tergolong sebagai orang-orang Islam yang tidak boleh dikafirkan. Tetapi umat Islam wajib berbara’ dengan setiap kesilapan, kemungkaran dan kebatilan mereka. Anggota atau para ahli pertubuhan Ikhwanul Muslimin tidak maksum, tidak sewajarnya ada yang mahu mempertahankan mereka sehingga ke peringkat kemaksuman sehingga pantang di singkap kesalahan mereka agar umat berbara’ dengan setiap kesalahan tersebut.
Orang-orang yang perlu disikapi dengan sikap bara’ atau berlepas diri darinya (tidak boleh berwala’ mencintai atau mengangkat mereka) terutamanya ialah kaum musyrikin, kita berbara’ (memusuhi dan membebaskan diri) dari kesyirikannya, kepada orang kafir kita berbara’ dengan kekafirannya, munafik berbara’ dari kemunafikannya, ahlu bid’ah berbara’ dari segala bid’ahnya dan firqah-firqah ahli ahwa seperti golongan hizbi, Asy’ariyah, Muktazilah, Syiah, Jahmiyah, Tijaniyah, Sufiyah, Ikhwanul Muslimin dan yang sealiran dengan mereka maka kita berbara’ dari hizbi, penyembahan hawa nafsu, kemungkaran atau kesesatan mereka.
Kita berbara’ dari segala kekufuran atau kesyirikan mereka kerana Allah ‘Azza wa-Jalla tidak akan menerima dan meredai amalan mereka selagi mereka tidak meninggalkan semua kemungkaran syirik dan kekufuran yang ada pada mereka. Maka kita wajib berbara’ (berlepas diri dari segala kebatilan dan kemungkaran mereka).
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
تَنَصَّحَ لِكُلِّ مُسْلِمٍ ، وَتَبَرَّأَ مِنَ الْكَافِرِ.
“Hendaklah kamu menasihati setiap muslim dan berlepaslah terhadap Si Kafir”.[1]
أَنَا بَرِيْءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ يُقِيْمُ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِيْنَ . فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ ، لِمَ ؟ قَالَ : لاَ تُرِاءَى نَاراهُمَا.
“Saya berlepas diri dari setiap muslim yang bermukim di antara kaum musyrikin. Mereka berkata: Mengapa ya Rasulullah? Baginda bersabda: Api keduanya tidak boleh terlihat”.[2]
Setiap muslim diperingatkan agar berlaku adil dan berbuat baik kepada setiap orang kafir walaupun tidak boleh berwala’ kepada mereka. Orang Islam diwajibkan berbuat baik kepada setiap orang-orang kafir yang telah termeterai perjanjian damai dengan mereka, terutama yang berkuasa terhadap orang-orang Islam seperti pemerintah selagi mereka tidak memusuhi dan menzalimi orang-orang Islam secara terang-terangan. Dan wajib berbuat baik dan menggunakan kata-kata yang sopan terhadap orang-orang kafir sebagaimana firman Allah ‘Azza wa-Jalla:
فَقُوْلاَ لَهُ قَوْلاً لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى
“Maka berbahasalah kamu kepadanya (pemimpin) dengan bahasa yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut (kepada Tuhan)”.[3]
Melalui ayat ini, Imam al-Qurtubi rahimahullah telah mengajar umat Islam cara-cara berinteraksi kepada pemimpinnya sekalipun pemimpin yang bukan Islam. Beliau berkata:
وَأَنَّ ذَلِكَ يُكُوْنُ بِالَّيِّنِ مِنَ الْقَوْلِ لِمَنْ مَعَهُ قُوَّة.
“Dan sesungguhnya dengan yang demikian itu, menunjukkan (diperintahkan oleh syara agar) menggunakan kata-kata yang lembah-lembut kepada sesiapa yang mempunyai kekuasaan (kuasa/pemerintah)”. Lihat tafsir: الجامع لأحكام القرآن – القرطبي (al-Jamiu Li Ahkamil Quran –al-Qurtubi) jld. 11. Hlm. 199.
Diwajibkan kepada setiap orang Islam agar berbara’ kepada orang kafir. Tidak dihalalkan sama sekali berwala’ kepada mereka, sama ada orang kafir itu ibu-bapa, keluarga, pemimpin atau orang awam, tetapi ayat di atas ini masih tetap mewajibkan agar berbuat baik kepada mereka walaupun tidak dihalalkan berwala’ disebabkan kekafirannya. Itulah tuntutan syara kepada orang yang beriman. Allah ‘Azza wa-Jalla memerintahkan:
وَقُوْلُوْا لِلنَّاسِ حُسْنًا
“Dan ucapkan (berbahasalah) kepada manusia dengan kata-kata (bahasa) yang terbaik”. [4]
Menurut al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah:
أَي كَلّمُوْهُمْ طَيِّبًا ، وَلَيِّنُوْا لَهُمْ جَانِبًا
“Iaitu berkata-katalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik dan berlemah-lembut dengan mereka (apabila menjadi jiran)”. Lihat tafsir Ibn Kathir, jld. 1 hlm. 169.
فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَّقِيَ النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَلْيَعْمَلْ ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ.
“Maka barangsiapa antara kamu yang takut pada neraka walaupun dengan sepotong kurma, maka lakukanlah! Jika tidak mampu, maka lakukanlah ketakwaan tersebut dengan perkataan yang baik (kepada manusia)”. [5]
مَاكَانَ الرِّفْقُ فِى شَيْءٍ إِلاَّ زَانَهُ ، وَمَا كَانَ الْعُنُفُ فِى شَيْءٍ إِلاَّ شَانَهُ.
“Tidaklah ada kelemah-lembutan dalam sesuatu kecuali akan memperindahkanya dan tidaklah ada pada kekerasan dalam sesuatu kecuali akan memburukkannya”.
Itulah nilai keIslaman dan akhlak Islamiyah seseorang muslim di sisi Allah, kerana antara kemuliaan manusia terletak pada akhlaknya kepada sekalian manusia, sama ada berakhlak mulia kepada yang Islam atau yang kafir. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
“Semulia-mulia manusia ialah yang paling baik akhlaknya

-------------------------------------------------------------------