Ahli Sunnah Wal-Jamaah Menentang Khawarij
Iktikad Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh amat bertentangan dengan pegangan Khawarij. Ahli Sunnah wal-Jamaah meyakini pelaku dosa besar selain syirik tidak mengeluarkan seseorang itu dari keimanan. Ia masih seorang muslim tetapi muslim yang fasik, ‘asi atau kurang imannya lantaran dosa-dosa yang dilakukannya. Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:
اِنَّ اللهَ لاَ يَغْفِرُ اَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَآءُ.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia akan mengampunkan segala dosa selain dari itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.[1]
Banyak qaul-qaul Khawarij yang bertentangan dengan Kitabullah dan sunnah Rasulullah. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu-ilmu agama. Walaupun mereka kembali kepada al-Quran tetapi meninggalkan tafsiran al-Quran yang dirasakan bertentangan dengan akal fikiran dan hawa nafsu mereka, kerana mereka menerima al-Quran hanya berlandaskan akal dan perkiraan mereka semata.
Khawarij adalah tergolong penganut hizbiyah yang kuat beribadah, solat, puasa dan membaca al-Quran, akan tetapi menurut penjelasan dari hadis Rasulullah mereka tidak faqih (faham) tentang agama Allah. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menerangkan perbandingan ibadah Khawarij dengan ibadah para sahabat, seolah-olah kebaikan, solat dan ibadahnya para sahabat lebih rendah dibanding solat dan ibadahnya Khawarij. Namun baginda telah bersabda tentang hakikat Khawarij:
يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ.
“Mereka (Khawarij) keluar dari agama sebagaimana keluarnya anak panah dari sasarannya”.[2]
Kesungguh-sungguhan Khawarij beribadah bukan di atas dasar kebenaran, keikhlasan atau ilmu yang sahih, tetapi di atas dasar hawa nafsu. Oleh itu jadilah kesungguhan ibadah mereka sebagai amalan yang bid’ah, fitnah dan keburukan yang menimpa mereka dan individu-insividu Islam yang telah diperangkap oleh makr (penipuan) mereka.
[1] . an-Nisaa’. 116.
[2] . H/R Bukhari (7432). Muslim (1064). Ahmad (111/73). an-Nasaii (2577).
Abu Daud (7464) dan ath-Thayalisi (2234).