Fatwa Ibn Bazz Tentang Ikhwanul Muslimin
Terdapat ramai para ulama Salaf yang telah mentahzir dan menjarh pertubuhan serta tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin. Mereka membuktikan melalui nas-nas al-Quran dan al-Hadis tentang penyelewengan gerakan politik dan gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin. Ibn Bazz rahimahullah telah ditanya tentang Ikhwanul Muslimin:
Setelah Syeikh maklumi hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang perpecahan umat, saya ingin bertanya apakah Jamaah Tabligh dengan kesyirikan dan bid’ahnya dan Jamaah Ikhwanul Muslimin dengan kehizbiyahannya termasuk ke dalam firqah yang sesat?
Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah:
“Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.
Beliau (Abdul Aziz bin Bazz) ditanya lagi:
Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?
Jawapan Syeikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullah:
“Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”.[1]
Melalui fatwa para kibarul ulama (ulama-ulama besar) seperti Syeikh Ibn Bazz rahimahullah, Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan, Syeikh Uthaimin, Syeikh Rabi’ al-Madkhali dan ramai lagi, maka tidakkah mereka ketahui bahawa Yusuf al-Qaradhawi berada di deretan Hasan al-Banna, Sayid Qutub dan disenarai teratas dan sekian ramai tokoh dan anggota Ikhwanul Muslimin?
Mengapa Ikhwanul Muslimin yang Yusuf al-Qaradhawi terlibat di dalamnya dianggap umat yang sesat? Apakah para ulama tersebut jahil? Tidak mengetahui hukum sehingga menghukum sesuka hati? Tentulah para ulama berfatwa dengan ilmunya dan mengenali siapa Yusuf al-Qaradhawi juga melalui penilaian ilmu mereka. Malangnya para pengekor Yusuf al-Qaradhawi yang taksub menganggap beliau sebagai mujaddid. Apakah benar Yusuf al-Qaradhawi seorang mujaddid atau mubtadi’? Telah melakukan tajdid atau tabdi’?
Oleh itu, perlulah sentiasa berhati-hati terhadap kegiatan para anggota Ikhwanul Muslimin terutama individu-individu yang telah diulamakan oleh organisasi-organisasi yang sealiran dan semanhaj dengan Ikhwanul Muslimin termasuk juga yang berada di Malaysia. Mereka menjerat dan memerangkap mangsanya dengan menggunakan umpan pemikiran yang dipetik dari pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Yusuf al-Qaradhawi, Hasan al-Banna, Sayid Qutub, Safar Hawali dan ramai lagi para penggiat Ikhwanul Muslimin selain mereka. Awas, kerana terdapat pada pemikiran mereka benih keganasan!
Pada hakikatnya mereka diperasani dan dikesan oleh para ulama Salaf sebagai Ikhwanul Muflisin bukan Ikhwanul Muslimin, kerana mereka kekeringan ilmu dan manhaj sehingga termasuk ke dalam 72 firqah yang menyeleweng dari al-Jamaah yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaih wa-sallam. Buktinya, lihatlah kriteria beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin yang akan dipaparkan di tulisan ini seterusnya melalui fakta-fakta yang jelas. Antara mereka ialah:
[1] . Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422.