Makr (Tipu Helah) Khawarij
Sememangnya syariat Allah diturunkan semata-mata untuk dilaksanakan dan dijadikan rujukan dalam menentukan hukum ahkam, baik di bidang akidah, ibadah atau akhlak kerana Allah telah berfirman:
وَاَنِ احْكُمْ بِيْنَهُمْ بَمَا اَنْزَلَ اللهُ.
“Dan hendaklah engkau memutuskan hukum antara mereka menurut yang telah diturunkan Allah”.[1]
فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُوْنَ حَتَّى يُحَكِّمُوْكَ فِيْمَا شَجَرَ بِيْنَهُمْ.
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan”.[2]
Namun golongan Khawarij yang beralasan untuk mendirikan Daulah Islamiyah dan melaksanakan hukum Allah, mereka memperalatkan beberapa hujah dan ayat-ayat di atas dengan laungan dan makr mereka dengan cara menyeru, mempropaganda dan mendiayahkan tauhid hakimiyah melalui tafsiran hawa nafsu, andaian akal fikiran mereka yang jahil dan sempit serta putar belit. Tujuan mereka ialah untuk mencapai matlamat mereka yang keji.
Seruan tauhid hakimiyah yang dilaungkan oleh Khawarij bukanlah untuk mengajar kaum muslimin tentang tauhid yang dibawa oleh para nabi dan para rasul atau untuk berhukum dengan hukum Allah, melainkan tipu muslihat dan senjata politik mereka untuk mentakfir (mengkafir) sesiapa yang tidak masuk ke dalam jamaah dan perjuangan mereka.
Tipu daya penyeru tauhid hakimiyah golongan hizbi haraki Khawarij dan termasuk Muktazilah gaya baru ialah dengan mempersempitkan pengertian tauhid hakimiyah. Antara alasan-alasan yang mereka kemukakan ialah untuk melaksanakan hudud tetapi hanya difokaskan pada perlaksanaan hukum pidana dan hukum-hukum sosial politik semata. Caranya dengan mengelirukan penafsiran dalil-dalil syara dan tujuannya pula ialah untuk menentang pemerintah Islam yang dianggap kafir. Inilah antara penipuan yang mulu-muluk (disolek indah) untuk mengabui fikiran umat dan kesalahan yang paling besar yang bertopeng atas nama akidah yang dilakukan oleh golongan Khawarij yang dahulu dan yang sekarang.
[1] . al-Maidah. 49.
[2] . an-Nisaa’. 65.